awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Abang Johari pengerusikan mesyuarat GPS dan PBB hari ini

Nuzuluddin Abdul Razak
Nuzuluddin Abdul Razak
18/10/2022
07:50 MYT
Abang Johari pengerusikan mesyuarat GPS dan PBB hari ini
KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mengadakan mesyuarat serentak di bilik persidangan Ibu Pejabat PBB di Kuching pada Selasa.
Siri mesyuarat tersebut dimulakan dengan Mesyuarat Majlis Tertinggi Parti PBB Sarawak kali kedua dan diikuti Mesyuarat Majlis Kepimpinan Tertinggi GPS.
Dipengerusikan Presiden PBB, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mesyuarat yang bermula pada jam 3.00 petang itu turut dihadiri oleh kesemua ahli Majlis Tertinggi PBB.
Antara yang hadir Timbalan Presiden PBB, iaitu Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan serta Presiden Kanan PBB iaitu Datuk Seri Fadillah Yusof dan Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom.
Mesyuarat kedua tersebut dijangka dihadiri kesemua pemimpin keempat-empat parti komponen GPS daripada PBB, Parti Rakyat Sarawak Bersatu (SUPP), Parti Demokratik Progresif (PDP), dan Parti Rakyat Sarawak (PRS).
Notis yang dikeluarkan ibu pejabat PBB turut memaklumkan Mesyuarat Persediaan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Parlimen Petra Jaya diadakan pada 21 Oktober depan.
Beberapa perkara akan dibincangkan dalam mesyuarat tersebut termasuk persiapan PBB dan GPS secara keseluruhan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) termasuk penetapan calon-calon di 31 kerusi Parlimen di Sarawak.
Pada PRU14, GPS bertanding di 31 kerusi Parlimen yang terdiri daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (14 kerusi), Parti Rakyat Sarawak (6), Parti Bersatu Rakyat Sarawak (7) dan Parti Demokratik Progresif (4).
Topic Berkaitan
#politik sarawak
#PRU15
#Malaysia Memilih
#GPS
#Abang Johari Tun Openg
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan