LAWAS: "Saya amat sedih yang mana pagi ini beliau (Tan Sri James Jemut Masing) telah menghembuskan nafas terakhir. Sumbangannya begitu tinggi sekali,".

Demikian reaksi Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg tidak dapat menahan sebak ketika diminta memberi reaksi tentang berita duka pemergiaan Tan Sri James Jemut Masing.

Bercakap kepada media selepas Majlis Pelancaran Sarawak MYSSRBN di Trusan, Lawas, Abang Johari menyifatkan Masing telah meninggalkan legasi sebagai seorang pemimpin yang banyak memberi sumbangan kepada pembangunan negeri terutama melibatkan dasar yang seimbang kepada semua kaum di Bumi Kenyalang.

"Saya sendiri secara peribadi mengucapkan takziah kepada keluarga Tan Sri James Jemut Masing.

"Beliau adalah seorang rakan dalam kerajaan yang banyak memberi sumbangan dalam kita menguruskan negeri Sarawak lebih-lebih lagi beberapa idea beliau sejak menjadi ahli kabinet negeri di bawah tiga ketua menteri iaitu Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan Tan Sri Adenan Satem serta saya sendiri," katanya.


[TERKINI] Belasungkawa | Tan Sri James Jemut meninggal dunia

Pemergiaan Masing juga jelas Abang Johari, satu kehilangan besar kepada pembangunan masyarakat dan daerah di pedalaman Sarawak terutamanya dalam kalangan masyarakat dayak.

Katanya, Masing cukup berperanan dalam membangunkan kawasan Wilayah Hulu Rejang selain rakan penting Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang mengasaskan Parti Rakyat Sarawak.

BACA: James Jemut Masing meninggal dunia

BACA: James Jemut Masing positif COVID-19, kini dirawat di HUS

Masing meninggal dunia pada pukul 7.05 pagi Ahad Normah Sarawak Medical Centre, Kuching akibat komplikasi selepas disahkan positif COVID-19.

Masing sebelum ini telah dimasukkan ke wad unit rawatan rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak selepas disahkan positif COVID-19 pada 28 September lalu.