awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masing bawa perubahan kepada kehidupan rakyat Malaysia - Madius Tangau

Eleanor Michelle Patrick
Eleanor Michelle Patrick
31/10/2021
12:32 MYT
Masing bawa perubahan kepada kehidupan rakyat Malaysia - Madius Tangau
Pemergian Masing satu kehilangan besar buat rakyat Sarawak, negara dan masyarakat Dayak.
KOTA KINABALU: Mendiang Tan Sri James Jemut Masing telah membawa perubahan besar kepada kehidupan rakyat Malaysia sepanjang karier politiknya, kata Presiden UPKO, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.
Sambil menyifatkan mendiang seorang pemimpin terkemuka dan seorang sahabat, Madius berkata, pemergian Masing satu kehilangan besar buat rakyat Sarawak, negara dan masyarakat Dayak.
"Mendiang ialah seorang pemimpin terkemuka, ahli politik veteran yang disegani, dan rakan kepada orang ramai sepanjang kerjayanya selama tiga dekad, berkhidmat di tiga kementerian dan sebagai Timbalan Ketua Menteri Sarawak.
"Sepanjang perkhidmatannya, beliau telah membawa peningkatan yang besar kepada kehidupan rakyat Malaysia," katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.
Katanya, beliau amat berduka cita apabila mendapat perkhabaran mengenai pemergian mendiang, yang juga merupakan sahabat karib beliau.
"Mengenali mendiang sejak kami bertemu semasa bertugas sebagai penyelidik di Institut Kajian Pembangunan Sabah (IDS) pada tahun 1988, Masing memang kawan rapat saya," katanya lagi.
Madius turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang, Parti Rakyat Sarawak, serta seluruh rakyat Sarawak.
Terdahulu, pada pagi Ahad, Masing disahkan meninggal dunia akibat komplikasi selepas disahkan positif COVID-19.
Mendiang menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.05 pagi di Normah Sarawak Medical Centre, Kuching.
Topic Berkaitan
#Masing bawa perubahan
#Masing meninggal dunia
#kehidupan rakyat Malaysia
#Wilfred Madius Tangau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan