awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Abang Johari umum lima tindakan kawalan pergerakan di Sarawak

Rudi Affendi Khalik
Rudi Affendi Khalik
17/03/2020
16:00 MYT
Abang Johari umum lima tindakan kawalan pergerakan di Sarawak
ABANG JOHARI: Hanya jabatan dan agensi kerajaan yang menyediakan perkhidmatan penting sahaja dibenarkan beroperasi.
Kerajaan Sarawak pada Selasa, menggariskan lima tindakan untuk membendung wabak COVID-19 daripada terus merebak di negeri itu.
Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Keselamatan Negeri (MKN) di pejabatnya berkata, semua pejabat kerajaan ditutup mulai 18 hingga 31 Mac 2020.
"Hanya jabatan dan agensi kerajaan yang menyediakan essential services (perkhidmatan penting) sahaja dibenarkan beroperasi.
Ketiga katanya, semua premis perniagaan termasuk kilang-kilang akan ditutup selama dua minggu kecuali premis perniagaan yang menjalankan perkhidmatan penting.
"Hanya kilang di Samalaju dan Taman Perindustrian Berteknologi Tinggi Samajaya serta kilang papan lapis dibenarkan beroperasi, namun dengan kakitangan yang minimum sahaja.
Abang Johari memberitahu, pihaknya juga menggariskan peraturan kawalan pergerakan baharu mengenai aktiviti di premis-premis menjual makanan.
“Restoran dan kedai-kedai makan masih boleh dibuka tetapi orang ramai tidak dibenar untuk makan atau minum di premis tersebut.
"Orang ramai hanya dibenarkan keluar rumah untuk membeli barang-barang keperluan harian dan mendapatkan barangan atau perkhidmatan yang penting sahaja.
"Mana-mana pihak yang tidak mematuhi arahan ini boleh dikenakan tindakan penjara atau denda.
Langkah-langkah mengehadkan pergerakan orang awam ini selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.
Terdahulu, sebelum mempengerusikan mesyuarat yang turut dihadiri tiga timbalannya; Datuk Amar Douglas Uggah, Tan Sri Dr James Jemut Masing dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan, Abang Johari menghadiri mesyuarat khas di Kuala Lumpur yang dipengerusikan Muhyiddin.
Topic Berkaitan
#Abang Johari Tun Openg
#COVID-19
#koronavirus
#majlis keselamatan negeri
#MKN
#perkhidmatan penting
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan