KUALA LUMPUR: Wanita warga Thailand yang sarat mengandung berdepan detik cemas apabila terpaksa melahirkan bayi di tepi Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), pada Isnin.
Bagaimanapun, bayi terbabit berjaya dilahirkan dengan selamat dengan bantuan anggota polis yang kebetulan sedang melakukan rondaan di kawasan itu.
Kejadian yang dikongsikan menerusi halaman rasmi Facebook Polis Diraja Malaysia itu menyatakan, ketika kejadian seorang pegawai serta dua anggota menjadi 'penyelamat pertama' di lokasi Lebuhraya PLUS arah utara apabila membantu keluarga warganegara Thailand yang bakal mendapat cahaya mata baharu itu.
Menurut hantaran berkenaan, kejadian berlaku ketika mereka sedang dalam penugasan Op Selamat 21.
"Kenderaan peronda dinaiki Inspektor Mat Fauzi bersama Koperal Shahril dan Koperal Hariz Zulfadli telah ditahan warga Thailand terbabit.
"Mereka kemudiannya memaklumkan kepada anggota dan pegawai bertugas tentang wanita berkenaan yang telah sarat untuk melahirkan bayi," katanya.
Katanya, pada mulanya kenderaan pasangan warga Thailand itu diiringi untuk ke hospital berhampiran.
"Bagaimanapun, wanita terbabit melahirkan bayinya di tepi lebuh raya itu dengan bantuan anggota polis terlibat.
"Ambulans kemudiannya tiba di lokasi kejadian untuk memberikan rawatan kepada wanita terbabit," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Feb 13 2024
Anggota trafik membantu keluarga warga Thailand itu di tepi Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) pada Isnin.
Pantai Teluk Bahang diisytihar sebagai sarang penyu bertelur
Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) pada Isnin mengisytiharkan Pantai Teluk Bahang sebagai sarang penyu bertelur.
TUBE-X: 214 usahawan belia Bumiputera Sabah berjaya dilatih melalui bantuan geran lebih RM3 juta
Seramai 214 usahawan belia Bumiputera Sabah berjaya dilatih tahun ini melalui bantuan geran berjumlah lebih RM3 juta di bawah Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE-X).
Sarawak selidik olah kanji sagu jadi nasi
Sarawak sedang memulakan penyelidikan untuk menjadikan kanji sagu sebagai makanan ruji alternatif kepada nasi.
Sektor pembinaan berkembang 14.2 peratus kepada RM36.8 bilion pada suku pertama 2024
Nilai kerja dalam sektor pembinaan melonjak sebanyak 14.2 peratus tahun ke tahun (y-o-y), berjumlah RM36.8 bilion pada suku pertama 2024.
Kelulusan berisiko jejas hubungan antarabangsa Georgia
Parlimen Georgia pada Isnin meluluskan pendengaran ketiga bagi undang-undang 'Ejen Asing', sekali gus membolehkan anggota Dewan Rakyat membuat undian berdasarkan perlembagaan. Akta 'Ejen Asing' itu diperkenalkan demi memastikan organisasi-organisasi di Georgia bersifat telus dari segi penerimaan dana dari luar negara serta untuk mengelakkan campur tangan pihak luar dalam urusan berkaitan.
Cubaan seludup kala jengking, labah-labah dari Turkiye gagal
DNA haiwan berkenaan boleh digunakan untuk pengeluaran ubat-ubatan yang bernilai mencecah AS$10 juta untuk seliter.
Operasi menyelamat mengesan mangsa hilang diteruskan
Pasukan menyelamat giat mencari mangsa yang masih hilang susulan banjir kilat dan lumpur di Sumatera Barat, Indonesia, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 43 orang.
500 petugas perubatan terbunuh di Gaza sejak 7 Oktober
Sekurang-kurangnya 500 petugas perubatan telah terbunuh sejak bermulanya perang Israel di Gaza pada 7 Oktober tahun lalu, kata Kementerian Kesihatan Gaza pada Ahad sempena Hari Jururawat Antarabangsa.
Tentera Israel halau rakyat Palestin di selatan & utara Gaza
Penduduk Palestin yang datang dari utara dan selatan Gaza dilihat memenuhi kawasan bandar Deir Al-Balah sejak hujung minggu ini dalam usaha mereka mencari perlindungan di tengah wilayah itu. Ini selepas mereka berdepan tekanan daripada tentera Israel untuk meninggalkan kedua kawasan utara dan selatan Gaza yang turut menempatkan laluan masuk yang baharu dibina oleh Israel yang kononnnya untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan buat penduduk Palestin.
Penambahbaikan sistem untuk bantu jemaah dan petugas
Lembaga Tabung Haji (TH) memperkenalkan sistem yang ditambahbaik tahun ini iaitu Content Delivery Network (CDN) dan sistem penginapan di masyair untuk membolehkan akses dan capaian lebih pantas bagi jemaah serta petugas haji Malaysia.
Abang polis jadi 'bidan' sambut bayi baru lahir
Wanita warga Thailand yang sarat mengandung berdepan detik cemas apabila terpaksa melahirkan bayi di tepi Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), pada Isnin.