GEORGE TOWN: Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) pada Isnin mengisytiharkan Pantai Teluk Bahang dekat sini sebagai sarang penyu bertelur dan mewujudkan Pusat Konservasi Marin di Angsana Resort bagi memelihara, memulihara, mengurus serta konservasi spesies terancam.
Ia juga merupakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dilaksanakan oleh Aquawalk Group Sdn Bhd dan Angsana Resort sementara Universiti Malaysia Terengganu (UMT) akan bertindak sebagai penasihat teknikal bagi usaha pemeliharaan dan rehabilitasi spesies terancam seperti penyu.
Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pengurusan) Jabatan Perikanan Malaysia Wan Muhammad Aznan Abdullah berkata dengan kerjasama pihak-pihak tersebut, pendaratan penyu berkemungkinan akan bertambah kerana berdasarkan rekod dari 2019 hingga 2023, Pulau Pinang mencatatkan data pendaratan ibu penyu sebanyak 292 kali dengan 27,701 biji telur berjaya diperolehi dan penetasan telur sebanyak 17,607.
"Hotel ini bekerjasama dengan DOF, kita akan lepas penyu di sini sahaja, tidak boleh lepas di tempat lain. Itu kebenaran jabatan, jadi sesiapa yang nampak telur penyu boleh kutip tetapi serahkan kepada pihak Angsana Resort dan akan dibayar RM2 bagi setiap biji.
"Dua spesies penyu yang dikenal pasti mendarat di sekitar pantai Pulau Pinang adalah penyu agar dan penyu lipas. Pendaratan reptilia ini tertumpu di Pantai Kerachut, Teluk Kampi dan Teluk Bahang," katanya kepada pemberita selepas menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Aquawalk Group (Aquaria KLCC) dan prapelancaran Pusat Konservasi Marin di Angsana Resort, dekat sini pada Isnin.
MoU berkenaan adalah untuk kerjasama berkaitan pengurusan dan pemuliharaan spesies akuatik terancam seperti penyu, mamalia marin dan batu karang dalam aspek pendidikan sekali gus meningkatkan kesedaran awam dengan lebih giat serta melaksanakan pelbagai aktiviti secara bersama pada masa akan datang.
MoU itu ditandatangani Wan Muhammad Aznan dan Pengarah Urusan Aquaria KLCC Datuk Simon Foong dengan disaksikan Ahli Parlimen Balik Pulau Muhammad Bakhtiar Wan Chik.
Sementara itu, Pengarah Urusan Aquawalk Group Datuk Simon Foong berkata MoU tersebut penting bagi menandakan kemampuan pihaknya dalam melakukan kerja-kerja pemuliharaan penyu di Teluk Bahang.
"Di Teluk Bahang, telah lama penyu tidak mendarat di pantai ini dan memandangkan kini mereka kembali mendarat, sangatlah penting untuk kita memastikan kebersihan pantai supaya haiwan ini terus kembali ke sini untuk bertelur.
"Spesies yang datang ke sini adalah dalam kategori terancam dan sangat sedikit, jadi dengan mendirikan pusat marine di sini, ia juga baik bagi orang ramai yang datang melawat kami di Pulau Pinang dan juga untuk masyarakat setempat.
"Kali terakhir penyu datang ke pantai ini adalah sekitar 10 hingga 20 tahun dahulu dan mula mendarat kembali mulai tahun lepas.
Sepanjang 2023, seramai 41,963 pelawat dari dalam dan luar negara direkodkan mengunjungi Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu, DOF.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 13 2024
Simon Foong berkata MoU tersebut penting bagi menandakan kemampuan pihaknya dalam melakukan kerja-kerja pemuliharaan penyu di Teluk Bahang. - Gambar hiasan/BERNAMA
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Daging penyu boleh menjadi punca penyakit kronik - Pensyarah
Penyu mempunyai kandungan logam berat tinggi yang melebihi standard keselamatan makanan antarabangsa.