awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Abang Viva kini sukarelawan APM

Sinar Harian
Sinar Harian
07/01/2022
22:00 MYT
Abang Viva kini sukarelawan APM
Cuthbert (kanan) menyampaikan sijil penghargaan kepada Azwan. - Foto Sinar Harian
ALOR GAJAH: Pemuda dikenali sebagai 'Abang Viva,' Azwan Omar, 30, dipilih menjadi anggota sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka.
Pengarah APM negeri, Lt Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata, pihaknya akan membantu Azwan menjalani latihan penyelamatan yang lebih tersusun dan sistematik agar beliau lebih bersedia serta berkeyakinan dalam menjalankan tugas sukarelawan kepada masyarakat nanti.
"Jadi, kita akan latih beliau mengikuti kursus penyelamatan yang lebih lengkap.
"Selain itu beliau akan menjalani latihan supaya apabila turun memberi khidmat di tempat bencana, beliau lebih bersedia dan berkeyakinan," katanya ketika dihubungi di sini, pada Jumaat.
Mengulas lanjut, beliau berkata, Azwan juga akan menjalani beberapa siri kursus dan latihan penyelamatan yang disediakan APM selepas ini.
Ujar beliau, turut mencadangkan agar individu itu mendalami ilmu penyelamatan dan menjadi sebahagian sukarelawan APM yang cemerlang.
"Disebabkan pada masa ini, beliau (Azwan) mempunyai kerja hakiki, jadi sekiranya ada waktu terluang, beliau boleh bersama kita sebagai sukarelawan pasukan pertahanan awam bagi memberi khidmat kepada masyarakat," katanya.
Pada Selasa lalu, Cuthbert menyampaikan sijil penghargaan kepada Azwan di kediaman keluarganya di Taman Pengkalan Indah. Pada majlis tersebut, beliau ditawarkan sebagai anggota sukarelawan pertahanan awam.
Kisah Azwan tular di media sosial dengan jolokan 'Abang Viva' kerana membantu mangsa menggunakan kereta jenis Perodua Viva dan sebuah bot.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#banjir
#abang viva
#Azwan Omar
#sukarelawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan