awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Abdul Hadi bertemu BJI, bincang perkukuh gerakan Islam antarabangsa

Sinar Harian
Sinar Harian
15/12/2024
10:45 MYT
Abdul Hadi bertemu BJI, bincang perkukuh gerakan Islam antarabangsa
Abdul Hadi (kanan) ketika pertemuan khas dengan delegasi Bangladesh Jamaat Islami (BJI).
SHAH ALAM: Pertemuan antara Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan delegasi Bangladesh Jamaat Islami (BJI) berpotensi memperkukuh jaringan gerakan Islam di peringkat antarabangsa.
Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, diharapkan perjumpaan berkenaan membawa harapan besar kepada kedua-dua pihak dalam memperjuangkan kepentingan umat Islam sejagat.
“Pertemuan berlangsung dalam suasana ukhuwah yang erat, memperlihatkan keakraban antara dua gerakan Islam yang mempunyai matlamat perjuangan sama, iaitu menegakkan keadilan dan membawa kesejahteraan kepada umat Islam.
“Delegasi BJI telah meminta pandangan dan nasihat daripada Presiden (Abdul Hadi) berhubung perubahan politik yang sedang berlaku di Bangladesh,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Ahad.
Delegasi BJI itu diketuai oleh Presidennya, Dr Shafiqur Rahman bersama dua Penolong Setiausaha Agung iaitu Maulana Rafiqul Islam dan Hamidur Rahman.
Dalam pada itu, Muhammad Khalil memberitahu bahawa Abdul Hadil turut berkongsi pandangan yang mendalam mengenai strategi perjuangan politik matang dan sejahtera.
Menurutnya, Ahli Parlimen Marang itu menasihatkan agar perjuangan politik berteraskan Islam terus berlandaskan kesabaran, hikmah dan hubungan erat dengan rakyat.
“Delegasi BJI menzahirkan rasa syukur dan penghargaan terhadap pandangan bernas Presiden (Abdul Hadi) yang dianggap sebagai pedoman penting dalam mendepani cabaran politik semasa di Bangladesh,” ujarnya. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#Bangladesh Jamaat Islami
#gerakan Islam antarabangsa
#PAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan