KUALA LUMPUR: Bekas Penolong Pegawai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Abdul Wahab Abdul Kader Jilani menuntut ganti rugi RM5 juta daripada Ahli Jawatankuasa Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Che’gubard atas dakwaan memfitnah berhubung penyebaran sebuah video.
Video terbabit didakwa disiarkan Che’gubard menerusi Facebook kononnya Abdul Wahab sedang berbual lucah dengan seorang individu yang mirip bekas Ketua Pengarah J-KOM, Mohammad Agus Yusoff.
Writ saman fitnah terhadap Chegubard difailkan pada 22 Disember 2023 di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini melalui Tetuan Faizal Rahman & Co.
Abdul Wahab yang juga Naib Ketua Angkatan Muda PKR Cabang Hulu Langat berkata, bayaran ganti rugi oleh Che'gubard kepada beliau masing-masing selaku defendan dan plaintif adalah antara relif dimohon.
Beliau juga memohon Che'gubard membuat permohonan maaf dalam 14 hari dari tarikh penghakiman dan diterbitkan beberapa akhbar, Facebook serta Telegram defendan selama 30 hari berturut-turut.
"Relif lain bahawa hantaran Facebook pertama dan kedua adalah fitnah terhadap plaintif, selain video dimuat naik dalam Telegram defendan juga adalah fitnah.
"Defendan menceroboh privasi plaintif dengan menyebarkan video itu dan perlu memadam penyataan fitnah daripada semua laman serta platform media sosial," katanya dalam penyataan tuntutan tersebut.
Tambah Abdul Wahab, permohonan supaya defendan atau melalui pengkhidmat dan ejen dihalang, ditahan dan ditegah daripada mengeluarkan secara langsung atau tidak langsung penyataan fitnah.
Ujarnya, defendan perlu melupuskan semua video berkaitan plaintif yang berada dalam simpanan, manakala faedah atas jumlah ganti rugi pada kadar lima peratus setahun dari tarikh penghakiman hingga penyelesaian penuh oleh defendan.
Abdul Wahab berkata, penyataan fitnah oleh Che'gubard adalah mengaibkan, menjatuhkan maruah dan imejnya sebagai seorang Muslim, penjawat awam serta ahli politik.
Selain itu, ia didakwa mengakibatkan cemuhan oleh masyarakat hingga plaintif mengalami depresi dan tekanan perasaan.
"Penyataan fitnah berkenaan adalah dusta, palsu dan tidak benar yang dibuat dengan niat jahat untuk mencemarkan imej, menjatuhkan martabat dan nama baik plaintif selain menimbulkan persepsi negatif oleh masyarakat umum ke atas plaintif dan menjejaskan kredibilitinya pada pandangan masyarakat umum serta majikan.
"Plaintif hilang punca pendapatan selepas hantaran fitnah disebarkan oleh defendan," katanya.
Pada November tahun lalu, Che’gubard telah mencabar Abdul Wahab supaya mendedahkan identiti 'Mr H'.
Sebelum ini, rakaman video berdurasi tiga minit yang tular yang mengaitkan Abdul Wahab dan Mohammad Agus sejak 17 November lalu menjadi topik hangat di media sosial.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan susulan itu telah mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung video tular itu.
Dalam satu sidang media khas, Mohammad Agus mendakwa video perbualan yang mengaitkan dirinya adalah palsu serta disunting pihak tidak bertanggungjawab.
Abdul Wahab turut mendakwa dirinya dijadikan kambing hitam untuk menjatuhkan Mohammad Agus oleh individu bernama Mr H.
Abdul Wahab kemudian menghantar surat tuntutan saman kepada Badrul Hisham serta Pengarah Bahagian Latihan dan Pendidikan J-KOM, Hakim Ramlee, berhubung penularan video terbabit. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jan 22 2024
Abdul Wahab berkata, penyataan fitnah oleh Che'gubard adalah mengaibkan, menjatuhkan maruah dan imejnya sebagai seorang Muslim, penjawat awam serta ahli politik - Gambar/ Sinar Harian
[TERKINI] Perkukuh kawal selia BBP melalui penggubalan akta
Kerajaan memandang serius isu kelemahan tatakelola dalam pengurusan Entiti Berkepentingan Kerajaan yang menyebabkan ketirisan wang awam, salah guna kuasa dan menjejaskan imej negara.
[TERKINI] Selangor FC hantar permohonan rasmi tunda Piala Sumbangsih
Selangor FC telah menghantar surat permohonan rasmi untuk menunda perlawanan Piala Sumbangsih 2024 yang dijadualkan berlangsung pada Jumaat ini.
Hajat terakhir papa nak main layang-layang - Anak Hail Amir
Hasrat terakhir Allahyarham Datuk Hail Amir untuk bermain layang-layang bersama cucu-cucu tidak kesampaian apabila meninggal dunia pada petang semalam.
Agong, Raja Permaisuri berangkat pulang ke tanah air, selesai lawatan negara ke Singapura
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berangkat pulang ke tanah air hari ini, selepas selesai mengadakan lawatan negara ke Singapura selama dua hari.
Selangor mahu tunda Piala Sumbangsih
SELANGOR FC telah menghantar surat kepada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) memohon untuk menunda perlawanan Piala Sumbangsih yang bakal berlangsung pada Jumaat ini.
Faisal Halim mohon doa rakyat Malaysia
Faisal Halim meminta rakyat Malaysia dapat mendoakan dirinya cepat sembuh selepas mengalami kecederaan teruk akibat disimbah asid pada Ahad lalu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Peratusan keluar mengundi awal hampir 100 peratus
Peratusan itu melibatkan 769 orang pengundi awal yang terdiri daripada anggota polis dan tentera serta pasangan.
AWANI Borneo [07/05/2024] - Kita ikut persekutuan - Hajiji | Sokongan penuh | Klinik daif
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Assim Hassan;
#AWANIBorneo 7 Mei 2024
Janji Hajiji, semua penjawat awam dapat kenaikan gaji sama macam persekutuan
RUU Lembaga Pelabuhan Sarawak 2024 dilulus Dewan Undangan Negeri
206 klinik, fasiliti kesihatan daif di Sarawak dikenal pasti
#AWANIBorneo 7 Mei 2024
Janji Hajiji, semua penjawat awam dapat kenaikan gaji sama macam persekutuan
RUU Lembaga Pelabuhan Sarawak 2024 dilulus Dewan Undangan Negeri
206 klinik, fasiliti kesihatan daif di Sarawak dikenal pasti
[TERKINI] YDP Agong lihat Parlimen Singapura bersidang
Saya tidak sanggup tengok pelajar dalam kontena - Abang Jo
Enggan pelajar belajar di dalam kontena jadi punca Tan Sri Abang Johari sanggup menanggung kos pembinaan sekolah-sekolah daif di negeri itu untuk tempoh sekurang-kurangnya lima tahun.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Abdul Wahab saman Che'gubard, tuntut RM5 juta
Abdul Wahab menuntut ganti rugi RM5 juta daripada Chegubard atas dakwaan memfitnah berhubung penyebaran sebuah video.