awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vaksinasi COVID-19: Mahkamah tolak rayuan guru, staf UM
Cadangan had tempoh PM tidak rugikan negara - AMK
51 kereta musnah dalam kebakaran bengkel di Sungai Buloh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ABIM sokong waran tangkap ICC terhadap pemimpin Israel

Astro Awani
Astro Awani
23/11/2024
02:15 MYT
ABIM sokong waran tangkap ICC terhadap pemimpin Israel
Ahmad Fahmi berkata, keputusan ICC tersebut adalah satu isyarat jelas bahawa masyarakat dunia kini lebih tegas dalam menolak sebarang bentuk kekejaman rejim Israel. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyambut baik keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant.
Presiden ABIM Ahmad Fahmi Mohd Samsudin berkata keputusan ini dianggap sebagai satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman Israel.
“Keputusan ini mencerminkan fasa penting dalam usaha antarabangsa untuk menuntut keadilan bagi kekejaman yang dilakukan terhadap rakyat Palestin di Gaza. “ABIM turut menghargai kesediaan pelbagai negara untuk melaksanakan keputusan ini, yang merupakan satu isyarat yang jelas akan kesepakatan masyarakat dunia terhadap perlunya tindakan tegas dan tekanan berterusan untuk menghentikan kekejaman Israel,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut beliau, keputusan ini adalah satu isyarat jelas bahawa masyarakat dunia kini lebih tegas dalam menolak sebarang bentuk kekejaman rejim Israel.
ABIM turut menyeru rakyat Malaysia agar bersatu menyokong usaha Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berani menyuarakan pendirian Malaysia di peringkat antarabangsa demi kemanusiaan sejagat.
Tambah Ahmad Fahmi, keputusan ICC itu menuntut gerakan masyarakat sivil di Malaysia untuk memperkukuh usaha advokasi bagi memastikan keadilan terus ditegakkan untuk rakyat Palestin.
Dalam keputusan bersejarah, ICC pada Khamis mengumumkan waran tangkap dikeluarkan terhadap Netanyahu dan Gallant atas tuduhan jenayah perang yang didakwa dilakukan mereka di wilayah Palestin, termasuk Gaza.
Waran tangkap itu dikeluarkan ketika serangan genosid Israel ke atas Gaza baru-baru ini memasuki tahun kedua, dengan jumlah kematian rakyat Palestin menjangkau kira-kira 44,000, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak serta mencederakan lebih 103,000 yang lain.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#ABIM
#Gaza
#Israel
#ICC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan