awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ABM saran pemilik terjejas susulan kebakaran di Putra Heights hubungi bank mereka

Bernama
Bernama
01/04/2025
22:20 MYT
ABM saran pemilik terjejas susulan kebakaran di Putra Heights hubungi bank mereka
Mangsa kejadian kebakaran saluran paip gas yang ditempatkan di PPS Masjid Putra Heights, Subang Jaya. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) dan anggotanya melahirkan keprihatinan yang mendalam kepada mereka yang terjejas dengan kebakaran saluran gas di Putra Heights pada Selasa.
"Kami faham bahawa bencana ini telah menyebabkan kesusahan dan gangguan terhadap kehidupan seharian mereka dan kami ingin memastikan mereka yang terjejas bahawa kami komited untuk memberi sokongan dalam saat-saat yang mencabar ini," kata ABM melalui satu kenyataan.
Persatuan itu menyarankan mereka yang terjejas yang mempunyai pinjaman dengan bank untuk menghubungi bank masing-masing bagi membincangkan sokongan yang ada melalui laman web rasmi atau talian perkhidmatan pelanggan bank mereka.
Bank yang menjadi anggota ABM bersedia membantu berdasarkan keadaan individu terbabit.
"ABM bersama dengan komuniti yang terjejas dan komited untuk bekerja dengan anggota kami bagi menyokong mereka yang memerlukan," katanya lagi.
Untuk bantuan lanjut, sila hubungi ABMConnect pada 1300-88-9980 atau e-mel [email protected].
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Putra Heights
#kebakaran
#saluran gas
#ABM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan