Selepas beberapa ketika dilantik menjadi ketua pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC), nama Tan Sri Abu Kassim Mohamed juga disebut untuk mengisi jawatan utama dalam sektor kerajaan.
Beliau dikatakan bakal menggantikan Tan Sri Dr Ali Hamsa selaku Ketua Setiausaha Negara (KSN) dalam masa terdekat ini.
Ali yang kini berusia 63 tahun akan bersara penghujung Ogos depan selepas perkhidmatannya yang disambung secara kontrak ketika pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sekiranya cadangan ini mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhamad V atas nasihat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, GIACC yang diketuai Abu Kassim berkemungkinan akan diletakkan secara terus di bawah KSN.
BACA: Abu Kassim terajui pusat banteras rasuah GIACC
Keadaan ini akan membuatkan KSN lebih fokus kepada komitmen kerajaan untuk membasmi rasuah dari semua peringkat.
Buat masa ini, Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negara (JITN); Institut Integriti Malaysia (IIM); Biro Pengaduan Awam (BPA) dan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) telah diletakkan di bawah GIACC.
Sumber itu berkata, bekas ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu berkemungkinan akan dilantik sebagai KSN pada awal Julai ini.
"Pemilihan Abu Kassim dibuat sebagaimana kata-kata Dr Mahathir sebelum ini yang mahu kepakaran beliau membasmi rasuah.
"Beliau ada banyak pengalaman dalam SPRM. Beliau juga berpengalaman di peringkat antarabangsa dan berhubung dengan beberapa agensi anti rasuah lain, selain banyak memberi syarahan antirasuah," katanya.
Tugas Abu Kassim di SPRM sepatutnya berakhir 4 Disember 2018, bagaimanapun, beliau mendapat kebenaran daripada kerajaan untuk menamatkan perkhidmatannya lebih awal 1 Ogos 2016, selepas tiga kali memohon.
Kekosongan jawatan yang ditinggalkan Abu Kassim kemudiannya diisi oleh Tan Sri Dzulkifli Ahmad ketika negara dilanda kemelut 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan siasatan SRC International yang berkait rapat dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan BN.
Turut terpalit kontroversi ketika itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Shukri Abdull memilih untuk bersara wajib, manakala Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Seri Mustafar Ali pula dipinjamkan ke Jabatan Imigresen Malaysia.
Antara sebab Abu Kassim memilih untuk menamatkan perkhidmatan awal dengan SPRM adalah kerana beliau menerima tawaran daripada International Anti-Corruption Academy (IACA) sebagai pakar jemputan di Universiti Pencegahan Rasuah di Austria.
Sekembalinya dari Austria, Abu Kassim dipinjamkan ke Jabatan Perdana Menteriu yang kemudiannya ditempatkan di Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Sepanjang tempoh berkenaan, kepakaran Abu Kassim turut digunakan Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) dan beliau dilantik sebagai ahli jawatankuasa audit universiti.
Pentadbiran Dr Mahathir kini dilihat sedang melakukan 'pembersihan' pegawai kanan kerajaan yang disambung kontrak selepas bersara.
Antaranya, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah dipendekkan perkhidmatannya kepada 14 Jun.
Irwan Serigar diberi lantik kontrak mulai 7 Mac tahun lalu dan berakhir 6 Mac 2019.
BACA: Ismail Bakar dilantik Ketua Setiausaha Perbendaharaan baharu
BACA: Irwan Serigar, Khalid Abu Bakar, Dzulkifli Ahmad disenarai hitam Jabatan Imigresen?
Sinar Harian
Sun Jun 17 2018
Abu Kassim (gambar) dikatakan bakal menggantikan Ali Hamsa selaku Ketua Setiausaha Negara (KSN) dalam masa terdekat ini. - BERNAMA/Fail
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
Rasuah: Agensi kerajaan berisiko rendah perlu ada pelan pencegahan - Abu Kassim
Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata pelan sebegitu cukup penting sebagai langkah proaktif bagi memastikan isu governans, integriti dan rasuah dikendalikan secara pencegahan.
PM hargai sumbangan Abu Kassim perangi rasuah
Tan Sri Muhyiddin zahirkan penghargaan beliau atas segala usaha dan sumbangan KP Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional, Tan Sri Abu Kassim Mohamed.
SPRM tidak pernah dapatkan pengesahan saya, kata Apandi Ali
Mohamed Apandi menjelaskan bahawa untuk melakukan pemintasan perbualan telefon, agensi antirasuah itu mestilah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran Peguam Negara atau timbalan pendakwa raya.
Dana jaga kebajikan petugas agensi antirasuah dilancar esok
Inisiatif Malaysia, 'Perdana International Anti-Corruption Champion Fund (PIACCF),' akan dilancarkan esok untuk menyalurkan bantuan kepada petugas agensi antirasuah di seluruh dunia.
Warga SPRM ucap takziah kepada keluarga Ahmad Said
Ahmad Said memegang jawatan sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM bermula dari 14 Mei 2007 hingga 31 Disember 2009 sebelum digantikan dengan Tan Sri Abu Kassim Mohamed.
Seksyen 17A Akta SPRM: Rundingan sedang berjalan
Sesi rundingan dan penerangan sedang dilakukan bagi memberi pemahaman kepada pihak terlibat terutama syarikat komersil sebelum Seksyen 17A Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dikuatkuasa.
Peruntukan khusus isytihar harta digubal tahun depan - Abu Kassim
Jelasnya, inisiatif yang dilakukan kini juga sebahagian daripada proses menjadikan pentadbiran negara lebih telus.
Abu Kassim dedah pernah dilabel sebagai pembelot negara
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan bentuk ancaman diterimanya ketika menerajui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2014 hingga 2015.
Ahli politik perlu bebas rasuah - Abu Kassim
Beliau berkata, ia kerana kegiatan rasuah terbesar dalam negara dipercayai melibatkan ahli politik selain berlaku dalam kalangan pengurusan parti politik itu sendiri.
'Hasrat undur diri sejak Disember' - Shukri kesal keputusannya undang kecaman, fitnah
Shukri berkata beliau bukannya meletak jawatan atau diarahkan meninggalkan SPRM kerana menutup beberapa 'fail' berprofil tinggi.