IPOH: Kontinjen Perak berdepan risiko kehilangan dua pingat emas yang berpotensi dimenangi negeri itu apabila beberapa acara sukan olahraga dan terjun, digugurkan daripada temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 di Kuala Lumpur.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia negeri Khairul Shahril Mohamed berkata kontinjen Perak menyasarkan 50 pingat emas pada temasya berkenaan, berpotensi meraih emas dalam acara olahraga.
"Saya berasa terkejut dan kecewa apabila keputusan beberapa acara sukan dalam Sukma digugurkan, kerana ada atlet yang telah lama mengadakan latihan sebagai persiapan untuk ke Sukma dan ia sudah tentu merugikan industri sukan khususnya," katanya kepada pemberita di sini.
Baru-baru ini, media melaporkan beberapa acara sukan olahraga dan terjun terpaksa digugurkan daripada Sukma seperti 10,000 jalan kaki, lompat bergalah, baling tukul besi dan lontar peluru, kerana tidak mencukupi syarat minimum enam penyertaan negeri.
Untuk rekod, sukan terjun turut menerima tempias bagi edisi kali ini, atas sebab sama yang menyaksikan lima acara wanita 1 meter (m) papan anjal, 3m papan anjal, 10m platform, 3m papan anjal seirama dan 10m platform seirama turut digugurkan.
Temasya yang dijadual berlangsung dari 16 hingga 24 Sept depan mensyaratkan sekurang-kurangnya enam kontinjen negeri mengambil bahagian dalam setiap acara sukan bagi membolehkan ia dipertandingkan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 20 2022
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia negeri Khairul Shahril Mohamed berkata kontinjen Perak menyasarkan 50 pingat emas pada temasya berkenaan, berpotensi meraih emas dalam acara olahraga. - Gambar fail/BERNAMA
Piala Dunia ISTAF: Skuad doubles teruskan kemaraan ke separuh akhir
Skuad doubles negara berjaya melangkah ke separuh akhir Piala Dunia ISTAF selepas mengatasi Korea 2-1 dalam perlawanan di Stadium Titiwangsa.
Warga emas hidap masalah pendengaran boleh jejas rutin harian - Pakar
Kesan hilang sensitiviti deria pendengaran bagi seorang dewasa dan warga emas memberi kesan yang berbeza.
Melaka tunggu garis panduan untuk pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam negeri
Kerajaan negeri Melaka sedang menunggu garis panduan berkaitan pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam daripada kerajaan Persekutuan.
[TERKINI] Keadaan Koperal Hasif stabil, masih dirawat di HSI
Anggota polis, Koperal Mohd Hasif Roslan yang cedera ditembak dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram masih menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail, di Johor Bahru.
BMW Malaysia catat pertumbuhan jualan 8 peratus pada suku pertama, kenaikan 26 peratus jualan EV
BMW Group Malaysia menjual sebanyak 4,300 kenderaan pada suku pertama tahun ini, mewakili peningkatan lapan peratus berbanding tempoh yang sama pada 2023.
Pegawai Imigresen mengaku tidak bersalah terima rasuah
Seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM7,600.
Saksi dakwa Ebit Lew hantar mesej lucah menjelang malam
Saksi kesembilan mendakwa mesej yang diterima daripada pendakwah terkenal, Ebit Lew berunsur lucah dan mengaibkan kehormatannya sebagai wanita.
Tun Musa lancar buku Ku Li: Memoir 205, angkat perjalanan politik Tengku Razaleigh
Tun Musa Hitam melancarkan buku KU LI: Memoir 205 yang mengangkat kisah perjalanan politik lagenda politik, Tengku Razaleigh Hamzah pada Selasa.
Iran mulakan siasatan nahas helikopter Presiden Raisi
Iran memulakan siasatan berhubung nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam kejadian di barat laut negara itu.
AWANI Ringkas: Empat individu mengaku bersalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sukma 2022: Kontinjen Perak sertai 31 acara
Kontijen Perak akan menyertai kesemua 31 jenis sukan yang akan dipertandingkan dalam temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2022 pada September sehingga Oktober depan.