KUALA LUMPUR: Sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Seri Paduka Baginda berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan di Istana Negara hari ini.

Seramai 1,207 individu menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan untuk 2021 dengan 44 daripadanya menerima anugerah berkenaan pada Sabtu.

Dalam istiadat tersebut, dua tokoh iaitu bekas Ketua Hakim Negara, Tun Richard Malanjum dan bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Raja Muhammad Alias Raja Muhammad Ali dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri Setia Mahkota (SSM) yang membawa gelaran ‘Tun’.

Selain itu, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dikurniakan Panglima Mangku Negara, membawa gelaran ‘Tan Sri’.

Seramai 19 individu menerima Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang turut membawa gelaran ‘Tan Sri’ antaranya, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun; Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta Gabenor Bank Negara, Datuk NOr Shamsiah Mohd Yunus.

Berikut merupakan antara senarai penerima dalam istiadat berkenaan:

Darjah Kebesaran Seri Setia Mahkota, bawa gelaran ‘Tun’

1. Tun Richard Malanjum (bekas Ketua Hakim Negara)
2. Tan Sri Raja Muhammad Alias Raja Muhammad Ali (bekas Pengerusi Felda)

Panglima Mangku Negara, bawa gelaran ‘Tan Sri’

1. Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani (Ketua Polis Negara)
2. Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg (Ketua Menteri Sarawak)

Darjah Panglima Setia Mahkota, bawa gelaran ‘Tan Sri’

1. Datuk Abang Iskandar Abang Hashim (Hakim Besar Sabah dan Sarawak)
2. Datuk Azhar Azizan Harun (Yang Dipertua Dewan Rakyat)
3. Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus (Gabenor Bank Negara)
4. Datuk Seri Azam Baki (Ketua Pesuruhjaya SPRM) 
5. Datuk Dr Mohd Daud Bakar (Presiden UIAM)
6. Datuk Prof Emeritus Dr Mazlan Othman (pakar astronomi dan profesional astrofizik)
7. Datuk Tong Kooi Ong (Pengerusi Eksekutif The Edge Media)
8. Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Presiden Pas)
9. Datuk Seri Mohd Shariff Omar (bekas Pengerusi Tetap Bersatu)
10. Datuk Seri Liow Tiong Lai (bekas Presiden MCA)