awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Acu parang, ikat tangan mangsa samun rumah kedai

Sinar Harian
Sinar Harian
21/12/2021
03:56 MYT
Acu parang, ikat tangan mangsa samun rumah kedai
Gambar hiasan. (Gambar kecil) Fotofit seorang daripada suspek yang terlibat dalam kejadian samun di sebuah rumah kedai pada Isnin.
BAGAN DATUK: Polis sedang memburu dua lelaki yang menyamun sebuah rumah kedai di Jalan Kampung Seri Perkasa, Hutan Melintang di sini pada Isnin melibatkan kerugian RM19,000.
Kejadian berlaku sekitar jam 7.30 pagi itu membabitkan wang tunai RM1,000 dan barangan kemas iaitu dua rantai emas dan sebentuk cincin.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, laporan awal memaklumkan, kedua-dua suspek berusia lingkungan 30 tahun itu berhenti di hadapan kedai dengan menaiki motosikal jenis SYM berwarna biru tanpa nombor pendaftaran.
Menurutnya, ketika kejadian, pemilik kedai iaitu lelaki berusia 23 tahun berada dalam premis berkenaan.
"Seorang daripada suspek terus mendekati peniaga itu dan mengacukan parang ke leher sambil memberi amaran untuk tidak membuat bising.
"Tangan mangsa kemudiannya diikat dengan pita pelekat dan diarah masuk ke dalam rumah yang terletak bersambung di belakang kedai dihuni bapa saudara dan adik mangsa," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.
Beliau berkata, suspek turut bertindak mengikat tangan dan menutup muka bapa saudara berusia 53 tahun menggunakan selimut serta mengancam adik mangsa menggunakan parang.
Katanya, suspek kemudiannya menggeledah laci almari dalam bilik rumah itu dan mengambil barangan kemas yang ada.
"Kedua-dua suspek hanya melarikan diri selepas terkejut mendengar jeritan kuat daripada adik mangsa.
"Mereka memecut keluar dari rumah kedai berkenaan menggunakan motosikal. Kesemua mangsa bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.
Ahmad Adnan berkata, barangan kemas yang hilang merupakan milik bapa saudara mangsa sementara wang tunai yang disamun pula adalah hasil jualan kedai runcit di peti simpanan dianggarkan lebih RM1,000 dengan jumlah kerugian keseluruhan RM19,000.
Menurutnya, usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan dan polis telah melakukan fotofit seorang daripada suspek menerusi pengecaman adik mangsa.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan," katanya.
Orang ramai yg mempunyai maklumat diminta tampil membantu dengan menyalurkan maklumat terus kepada Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak, Inspektor Raden Mohd Azlan Raden Perhan di talian 013-8454541.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#barangan kemas
#Ahmad Adnan Basri
#rumah kedai
#samun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan