Isu penggunaan kalimah Allah yang tercetus sehingga hampir menyebabkan timbul keadaan huru-hara di negara ini dianggap kerana adanya cubaan mempolitikkan isu tersebut.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) Ibrahim Ali berkata tercetusnya isu ini adalah disebabkan adanya pihak-pihak yang telah mempolitikkan isu tersebut.
“Isu ini telah digunakan sebagai cubaan untuk meraih sokongan pengundi Sabah dan Sarawak yang beragama Kristian dan disebabkan itu, kita (orang Islam) telah dilihat sebagai hendak bermusuhan dengan penganut-penganut agama Kristian di negara ini,” katanya kepada pemberita di perkarangan Istana Kehakiman disini.
Ujarnya lagi, masyarakat Islam di negara ini sentiasa menghormati agama lain dan mengamalkan sikap toleransi antara kaum.
“Namun, apa yang dikesalkan adanya parti-parti politik yang tidak menjaga sensitiviti agama dan kaum dan saya menggesa mereka supaya menghentikan polemik politik sebegini. Masyarakat Kristian di Sabah dan Sarawak diharap dapat memahami masalah ini kerana ianya membabitkan akidah dan agama,” katanya lagi.
Dua hari lalu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengulangi pendirian bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut bukan Islam.
Beliau berharap pihak berkuasa akan sentiasa memantau perkembangan ini agar tiadanya pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan kalimah Allah sewenang-wenangnya.
“Kita (Perkasa) juga akan memantau jika terdapatnya pihak-pihak yang menggunakan kalimah Allah ini sewenang-wenangnya dan bertentangan dengan keputusan mahkamah dan perlembagaan negara dan kita juga akan mengambil tindakan undang-undang,” katanya lagi.
Naib Presidennya, Zulkifli Nordin menganggap keputusan untuk tidak membenarkan penerbitan Katolik, The Herald itu menggunakan kalimah "Allah" untuk merujuk kepada "Tuhan" adalah sebagai hadiah ‘Hari Wukuf’ untuk umat Islam di Arafah, Mekah.
“Penghakiman pada hari ini adalah yang terbaik kerana ianya meliputi teknikal dan ‘procedural’ dan para hakim juga telah meneliti sedalamnya dan keputusan ini adalah hadiah sempena ‘Hari Wukuf’ di Arafah hari ini,” katanya.
Sementara itu, Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa yang turut berada di mahkamah untuk menyaksikan keputusan itu diumumkan berharap agar keputusan ini akan diterima baik kepada semua pihak.
“Mahkamah telah mengutamakan kepada keamanan negara dan rakyat kerana dalam isu ini kalimah Allah ini bukanlah isu ‘fundamental’ dalam agama Kristian dan penggunaannya juga bukanlah bersifat asasi dan disebabkan itulah keputusan itu dapat diputuskan oleh mahkamah,” kata Nasharuddin.
Isu kalimah Allah telah dibawa ke Mahkamah Rayuan oleh kerajaan selepas Mahkamah Tinggi mengisytiharkan keputusan Kementerian Dalam Negeri melarang penerbitan mingguan Katolik, The Herald menggunakan kalimah itu adalah salah di sisi undang-undang, tidak sah dan batal pada 31 December 2009.
Pada 16 Februari, 2010, gereja itu memfailkan permohonan semakan kehakiman dengan menamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden.
Mereka menuntut perisytiharan keputusan kementerian melarang penggunaan kalimah 'Allah' dalam penerbitan The Herald adalah tidak sah.
Penerbitan mingguan itu diterbitkan dalam empat bahasa, telah menggunakan kalimah 'Allah' untuk merujuk kepada "Tuhan" dalam edisi bahasa Malaysia, khusus untuk penduduk di Sabah dan Sarawak.
Aizat Sharif
Mon Oct 14 2013
AWANI Borneo [11/12/2024] - Sindiket kereta klon | Pengagihan gas | Kecekalan ibu
AWANI Borneo Rabu, 11 Disember 2024 bersama Syaff Shukri.
Sindiket kereta klon, jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah dari Brunei.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif.
Sindiket kereta klon, jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah dari Brunei.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif.
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah negara jiran
Rakyat Sabah dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan tawaran harga murah kenderaan mewah yang dipercayai kereta klon dari negara jiran Brunei Darussalam.
Malaysia #QuranHour 2022 ajak masyarakat hayati erti kemerdekaan - WUIF
Pelakon filem Mat Kilau pula Datuk Adi Putra diberikan penghormatan untuk membacakan ikrar untuk memerdekakan diri dari keburukan di jiwa.
Kembali kepada Tuhan, hadir sesuatu yang berharga dalam kehidupan - Aliff Aziz
Aliff Aziz bercakap tentang kerinduan membuat persembahan, kerinduan pada keluarga dan peluang menebus semula masa lalu.
'Ayah pesan sempurnakan kerja di sana kerana Allah' - Ebit Lew mohon doakan bapa terlantar sakit
Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew berkongsi di media sosialnya tentang berita terbaharu bapanya.
'Teruskan dan jangan berundur, kita mampu kembalikan kehidupan normal' - PM
Muhyiddin menzahirkan rasa kagum atas semangat yang ditunjukkan oleh semua lapisan masyarakat dalam mengekang wabak penularan COVID-19.
Ebit Liew masuk Gaza hari ini, serah dua treler ubat dan keperluan asas kepada rakyat Palestin
Ebit Lew mengakui air matanya tidak dapat dibendung lagi usia mengaminkan doa sejurus bantuan disampaikan.
Ustaz Ebit Lew bawa misi kemanusiaan bantu rakyat Palestin
Ebit Lew dan delegasinya akan menjalani bantuan misi kemanusiaan di Mesir pada 25 - 30 Mei 2021.
Pengawal peribadi dipukul: Kerajaan perlu wujudkan jawatankuasa khas elak hina agama
Kerajaan perlu mewujudkan satu jawatankuasa khas bagi mengukuhkan perpaduan sesama rakyat pelbagai bangsa dan agama di negara ini.
Ramadan: Jadikan tahun ini sebagai 'reset' beribadah
Jadikan Ramadan tahun ini sebagai peluang menetapkan semula atau 'reset' kehidupan untuk beribadah kepada Allah SWT.
Menjelang Ramadan: Apa maksud fidyah? Siapa wajib membayarnya?
Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu.
Munaqasyah kedua isu kalimah Allah dua minggu lagi
Perbincangan kedua berhubung penggunaan kalimah Allah akan diadakan dalam tempoh kira-kira dua minggu lagi.