KUALA LUMPUR: Hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertemu dengan semua syarikat p-hailing bagi membincangkan isu berkaitan kadar upah pengambilan dan penghantaran yang dikatakan semakin rendah sememangnya berasas.
Menurut pakar ekonomi dari Sekolah Perniagaan dan Ekonomi Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof. Dr Normaz Wana Ismail, langkah itu bersesuaian pada saat negara sedang berhadapan dengan peningkatan kos sara hidup ketika ini.
"Memang ada keperluan menaikkan kadar upah sebab kita dapati sekarang belia ramai yang berkecimpung sebagai pekerja gig. Jadi kita kena menghargai mereka yang terlibat dalam ekonomi gig ini," katanya kepada Bernama.
Dalam masa yang sama, Normaz Wana berkata satu perkara lagi yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan adalah berkenaan perlindungan sosial kepada pekerja-pekerja gig di negara ini.
"Kerajaan perlu pastikan mereka ini mencarum dengan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) di bawah PERKESO. Ini kerana kita dapati sekiranya berlaku kemalangan, sudahlah upahnya sedikit, tiada pula perlindungan sosial. Apabila kemalangan berlaku, siapa nak lindungi mereka?" katanya.
Beliau berkata sekiranya perkara tersebut tidak diberi penekanan, ia dikhuatiri akan menjadi satu beban kepada pekerja ekonomi gig yang terpaksa berhadapan dengan kos tinggi sekiranya berlaku kejadian tidak diingini ketika mereka mencari rezeki.
Selain itu katanya, persatuan yang mewakili pekerja-pekerja industri tersebut juga perlu memainkan peranan bagi memberi kesedaran berkaitan perlindungan sosial mereka.
"(Skim caruman) Yang ada sekarang ini sangat murah, tapi perlindungannya sangat bagus. Peranan persatuan sangat penting untuk teruskan kempen kepada pekerja-pekerja ekonomi gig," katanya.
Perdana menteri semalam pada Sesi Temu Anwar sempena Program Himpunan Rider MADANI Selangor meminta tempoh seminggu untuk beliau bertemu dengan semua syarikat p-hailing bagi mendapatkan penjelasan secara langsung berhubung situasi yang dilihat agak membebankan pekerja p-hailing.
Selain itu, beliau turut mengumumkan peruntukan RM1 juta bagi melantik sekretariat tidak rasmi untuk menyelaras isu berkaitan penghantar p-hailing dalam usaha memastikan kebajikan pekerja industri itu terus terpelihara.
Sementara itu, Presiden Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia (PENGHANTAR Malaysia) Zulhelmi Mansor berkata inisiatif diumumkan Perdana Menteri itu membuktikan kerajaan sentiasa cakna dengan situasi yang membelenggu pekerja industri ekonomi gig terutamanya sektor p-hailing dan e-hailing.
Peruntukan RM1 juta yang diumumkan juga katanya merupakan satu inisiatif yang baik selain membuktikan komitmen kerajaan menjaga kebajikan pekerja-pekerja ekonomi gig.
Mengulas mengenai hasrat perdana menteri untuk bertemu dengan pengendali syarikat p-hailing, Zulhelmi berharap ia akan menghasilkan impak positif.
"Upah sekarang ini berbeza mengikut syarikat penyedia. Upah tersebut untuk kesemua syarikat ini adalah tersangat rendah.
"Jadi kita harap pihak syarikat melalui pertemuan dengan perdana menteri dapat menilai dan seterusnya menaikkan kadar upah tersebut selaras dengan kos pekerjaan kita, yang kedua masa pekerjaan kita, risiko pekerjaan kita dan keempat dengan keadaan ekonomi sekarang ini yang kita rasakan tidak stabil di dunia dan Malaysia," katanya.
Zulhelmi berkata pihak kerajaan juga boleh mencadangkan kepada pengendali syarikat p-hailing untuk menurunkan kadar komisen yang ditetapkan kepada pengusaha makanan ataupun vendor.
"Ini adalah kerana pengusaha makanan ataupun vendor akan menaikkan harga makanan mengikut kepada kadar komisen yang ditetapkan oleh pihak syarikat. Apa yang syarikat boleh buat ialah turunkan komisen pada pihak vendor supaya upah 'rider' (penghantar) boleh dinaikkan. Ia bagi memastikan pengguna tidak terbeban dengan kenaikan upah penghantaran," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 23 2023
Satu perkara lagi yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan adalah berkenaan perlindungan sosial kepada pekerja-pekerja gig di negara ini. - Gambar hiasan/Bernama
AWANI Borneo [02/05/2024] - Tenaga boleh diperbaharui | Perhutanan, pelabuhan & SUKMA | Sambutan hangat
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Nickyson Nyambar;
#AWANIBorneo 2 Mei 2024
Tenaga boleh diperbaharui, Abang Jo komited kongsi pengalaman Sarawak di pentas global
Tiga RUU akan dibentang dalam sidang DUN Sarawak
LPPB Sabah terima 50,000 permohonan rumah mesra rakyat
#AWANIBorneo 2 Mei 2024
Tenaga boleh diperbaharui, Abang Jo komited kongsi pengalaman Sarawak di pentas global
Tiga RUU akan dibentang dalam sidang DUN Sarawak
LPPB Sabah terima 50,000 permohonan rumah mesra rakyat
DUN lama Sarawak jadi pusat seni ala Royal Albert Hall London
Sarawak memperuntukan RM250 juta untuk mengubah siuai bangunan DUN lama kepada pusat seni bertaraf dunia.
Bukan FAM, Tengku Zafrul mahu beri tumpuan kepada MITI
Tengku Zafrul hanya berminat memberikan tumpuan kepada MITI selepas namanya dikaitkan dengan jawatan presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Enam lelaki ditahan bersama 2kg dadah bernilai RM120,000
Enam lelaki berusia antara 20 hingga 40 tahun ditahan bersama dua kilogram dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Indera Sabah, Tawau pada Rabu.
Pengumuman kenaikan gaji suntik semangat, ringankan beban
Penjawat awam di sekitar Kota Kinabalu menyifatkan pengumuman kenaikan gaji oleh Perdana Menteri sebagai sesuatu yang amat dinanti-nantikan dan membantu meringankan beban kewangan mereka.
Sarawak angkat inisiatif ke pentas global
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, beliau akan menghadiri pelbagai forum di peringkat serantau dan global, bagi memastikan mesej ini dapat dijayakan.
Tiga RUU akan dibentang di DUN Sarawak
Kerajaan negeri Sarawak akan membentangkan tiga RUU berkaitan perhutanan, pelabuhan dan SUKMA 2024 akan dibentang pada sidang DUN Sarawak pada 6 Mei depan.
Anwar adakan perjumpaan tertutup bersama MB Kelantan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan perjumpaan tertutup bersama Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud untuk berbincang mengenai pembangunan negeri Kelantan.
LPPB Sabah terima 50,000 permohonan
Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) Sabah menerima kira-kira 50 ribu permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR).
Mahkamah tolak permohonan waran tangkap terhadap saksi kes Guan Eng
Mahkamah Sesyen menolak permohonan pembelaan agar waran tangkap dikeluarkan terhadap seorang saksi utama pendakwaan dalam perbicaraan kes bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
Rider tuntut kadar upah perjalanan asal dikembalikan
Kumpulan rider terbabit memohon bantuan serta campur tangan kerajaan dalam menyelesaikan isu penurunan kadar upah mereka.
Sektor swasta harus sambut signal kerajaan, tingkatkan kadar upah pekerja secara munasabah - PM
PM berkata, kerajaan masih mampu beri bayaran insentif awal kajian saraan kepada penjawat awam, biarpun dalam kekangan kewangan negara.
Syarikat p-hailing beri komitmen untuk lebih telus tentu kadar upah penghantar - PM
Syarikat pengendali p-hailing telah memberikan komitmen untuk lebih telus, meneliti dan memperhalusi lebih lanjut pandangan golongan penghantar dalam penentuan dan pengiraan kadar upah bagi mereka.
Ada keperluan kaji kadar upah p-hailing - Pakar ekonomi
Satu perkara lagi yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan adalah berkenaan perlindungan sosial kepada pekerja-pekerja gig di negara ini.
PM Anwar mahu dapatkan penjelasan syarikat p-hailing, bincang isu kadar upah
Kerajaan juga memperuntukkan RM1 juta bagi melantik sekretariat tidak rasmi untuk menyelaras isu berkaitan penghantar p-hailing dalam usaha memastikan kebajikan pekerja industri itu terus terpelihara.