KUALA LUMPUR: Semasa vaksin COVID-19 yang ditunggu-tunggu dunia muncul bersama harapan untuk meletakkan titik noktah kepada pandemik itu menerusi imuniti kelompok, namun barang diingat, masih ada kelompok yang tidak digalakkan untuk mengambilnya.
Bagi Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), badan yang mengambil tanggungjawab menjadi penentu kepada kebenaran untuk penggunaan vaksin itu, ada juga kumpulan yang tidak dibenarkan mengambilnya, termasuklah bagi vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech yang dipanggil COMIRNATY.
Menurut soalan lazim (FAQ) di laman web NPRA mengenai vaksin COMIRNATY itu, penggunaannya kepada individu kurang daya ketahanan imun, pesakit autoimun, wanita mengandung atau menyusukan anak adalah tidak disyorkan.
Ini kerana buat masa ini, bukti klinikal belum mencukupi untuk menyokong penggunaan vaksin itu di kalangan kumpulan berkenaan, namun saranan itu mungkin berubah selepas lebih banyak data klinikal diperolehi.
"Ujian klinikal vaksin COMIRNATY juga tidak melibatkan peserta di kalangan wanita yang hamil atau sedang menyusukan anak... memandangkan tiada data keberkesanan dan keselamatan penggunaan vaksin ini bagi populasi itu, pemberian itu adalah tidak disyorkan sehingga maklumat lanjut diperolehi," kata NPRA.
Vaksin COMIRNATY juga tidak boleh diberikan kepada individu yang mempunyai reaksi alahan kepada mana-mana bahan dalam vaksin, antaranya messenger ribonucleic acid (mRNA), lipids, polyethylene glycol, potassium chloride, potassium dihydrogen phosphate, sodium chloride, disodium phosphate dihydrate dan sucrose.
Tambah NPRA, dos kedua vaksin itu juga tidak seharusnya diberikan kepada individu yang mengalami reaksi alergi alahan yang serius setelah penerimaan dos pertama.
"Sila dapatkan nasihat doktor jika anda mempunyai sebarang bentuk alahan, masalah pendarahan, atau sedang mengambil apa-apa ubat pencair darah, sedang atau baharu selesai menerima rawatan kanser, transplan organ atau sel stem.
"Juga jika pernah dijangkiti COVID-19, pernah menerima vaksin COVID-19 yang lain, sama ada menerusi program imunisasi atau sebagai subjek dalam ujian klinikal COVID-19, atau pernah menerima rawatan antibodi pasif bagi COVID-19," kata NPRA.
Dalam masa sama, vaksin itu yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) adalah untuk individu berumur 18 tahun dan ke atas, buat masa ini.
"Ini berikutan tiada data yang mencukupi untuk menentukan keberkesanan dan keselamatan pemberian vaksin kepada golongan bawah 18 tahun... oleh itu kanak-kanak di bawah usia itu tidak boleh diberi imunisasi sehingga data lanjut diperolehi," tambah NPRA.
Sementara itu, Presiden Farmasi Malaysia Amrahi Buang berkata orang ramai seharusnya bergantung dan hanya percaya dengan maklumat tepat di laman web NPRA itu, bukannya dengan mendengar khabar angin atau desas-desus dari negara lain.
Katanya NPRA sentiasa mengemas kini dan meminda bahagian FAQ vaksin COMIRNATY itu dengan maklumat terbaharu mengenai vaksin berkenaan sejurus memperoleh maklumat terkini sama ada dari Pfizer sendiri, selain perkongsian data hasil kerjasama global dengan negara-negara lain.
"Bagaimanapun orang ramai janganlah membuat tafsiran sendiri... adalah lebih baik biar doktor pakar yang membuat keputusan sama ada boleh ambil atau tidak vaksin pada hari pengambilan vaksin itu nanti, kerana penyakit ada pelbagai jenis dan tahap keseriusan yang berlainan.
"Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin contohnya, meskipun beliau merupakan 'cancer survivor' tetapi beliau akan mengambil suntikan vaksin itu kerana doktor beliau kata boleh," katanya.
Mengenai Sanovac, beliau berkata meskipun vaksin dari China itu akan tiba pada 27 Feb depan, namun maklumat mengenai vaksin itu belum boleh didapati di NPRA memandangkan ia belum lagi didaftarkan di negara ini.
"Vaksin itu akan datang ke negara ini secara pukal sebelum proses 'fill and finish' dibuat di kilang milik Pharmaniaga di negara ini, kemudian baharu mohon pendaftaran kepada NPRA agar PBKD boleh mengeluarkan pendaftaran bersyarat," katanya.
Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia Datuk Dr Zainal Ariffin Omar pula berkata mereka yang tidak mempunyai sebarang penyakit kritikal dan serius, tidak seharusnya takut untuk mengambil vaksin itume mandangkan ia selamat digunakan.
"Suntikan bukannya dilakukan sewenang-wenangnya, doktor yang menilai risiko akan tanya dan semak dahulu sejarah penyakit yang dihadapi serta alahan sebelum membuat keputusan sama ada vaksin itu sesuai untuk diambil atau pun tidak.
"Ibu mengandung contohnya, ada pakar berpendapat kalau pada 'trimester' ketiga, vaksin boleh diambil... sebab itu maka lebih baik berbincang dengan doktor bagi mendapatkan kepastian... itu lebih baik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 23 2021

Bukti klinikal belum mencukupi untuk menyokong penggunaan vaksin itu di kalangan kumpulan berkenaan, namun saranan itu mungkin berubah selepas lebih banyak data klinikal diperolehi. - Gambar fail/ AP

Jurgen Klopp nafi tuduhan Harisson Reed: Liverpool mahukan kemenangan
Jurgen Klopp menafikan tuduhan Harisson Reed bahawa keinginan menjadi pemisah di antara Liverpool dan Fulham ketika The Cottagers menang 1-0 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield.

Hari Wanita: Sayang diri sendiri, jadi insan hebat dan bahagia - Permaisuri Agong
Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mengingatkan wanita supaya menyayangi dan menghargai diri sendiri.

Hari Komanwel | Komitmen Malaysia kepada negara Komanwel lain
Malaysia komited untuk berganding bahu dengan negara-negara Komanwel lain dengan memperkukuhkan kerjasama dalam beberapa bidang keutamaan. Wisma Putra dalam perutusan sempena hari komanwel 2021, 8 Mac, menyatakan, bidang keutamaan itu terdiri daripada langkah mempromosi tadbir urus baik, menangani kesan sosial dan ekonomi akibat pandemik COVID-19. Bidang utama lain termasuk pembangunan lestari, isu-isu alam sekitar, belia, pendidikan serta pemerkasaan wanita.

Hari Wanita 2021 | Ucaptama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin
Ikuti ucaptama oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersempena dengan pelancaran Hari Wanita 2021.

Hari Wanita 2021 | Ucaptama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Ikuti ucaptama oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun bersempena dengan pelancaran Hari Wanita 2021.

Pemerkasaan wanita perlu diperkemas - PM Muhyiddin
Tugas untuk memperkasa wanita perlu diperkemas memandangkan golongan berkenaan masih terbelenggu dengan beberapa isu meskipun pelbagai kejayaan telah dikecapi oleh wanita.

Pemerluasan kemudahan Bekerja Dari Rumah (BDR)
Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Sumber Manusia akan melihat kesesuaian pemerluasan kemudahan Bekerja Dari Rumah (BDR) untuk sektor awam dan swasta dengan gaji penuh.

Insentif suntikan modal perniagaan MyKasih Kapital
Insentif suntikan modal perniagaan MyKasih Kapital dalam bidang e-dagang atau dropship dengan modal maksimum sebanyak RM1000 kepada sekurang-kurangnya 2000 orang penerima yang berkelayakan.

Mesra pengguna, pensyarah muda cipta telekung khas untuk golongan OKU
Rekaan telekung yang terdapat di pasaran kebanyakannya tidak memenuhi keperluan pengguna kerusi roda dan tidak memenuhi sifat-sifat yang diperlukan dari segi praktikal, versatile dan keselesaan.

#ChooseToChallenge: Wanita kental redah samudera gagah
Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak menjadi wanita pertama diangkat menggalas tanggungjawab sebagai Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah.

Berita tempatan pilihan sepanjang Ahad
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Tun M, Tun Siti Hasmah terima suntikan vaksin COVID-19
Menurut Dr Mahathir yang berusia 95 tahun, beliau tidak mengalami sebarang kesan sampingan selepas menerima suntikan vaksin berkenaan.

Petugas barisan hadapan lebih yakin selepas terima suntikan Pfizer-BioNTech
Sehingga hari ini lebih 50 peratus petugas perubatan di Perlis telah menerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech.

432 petugas barisan hadapan di Bekenu divaksin
Kesemua petugas barisan hadapan itu menerima suntikan vaksin COVID-19 keluaran Pfizer-bioNTech

COVID-19: Mutasi varian Nigeria tidak jejas kemampuan kesan individu dijangkiti
Ini kerana kit tindak balas Polymerase Chain Reaction (PCR) yang sedia ada menggunakan pelbagai sasaran untuk mengesan varian walaupun seseorang itu tidak bergejala.

Suntikan vaksin COVID-19: Hampir tiga juta telah daftar menerusi MySejahtera
Sejak pendaftaran vaksin COVID-19 di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dibuka pada 24 Feb lepas, Selangor mencatatkan pendaftaran tertinggi seramai 991,181.

Vaksin COVID-19: Lebih 127,000 sudah terima suntikan dos pertama - Dr Adham Baba
Sarawak kekal merekodkan jumlah suntikan dos pertama vaksin tertinggi dengan 18,034 individu sehingga Sabtu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 6 Mac 2021.

Lebih 17,000 terima dos pertama vaksin COVID-19 di Thailand
Sejumlah 17,697 individu di Thailand telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 setakat ini.

Vaksin COVID-19: Tiada paksaan, tidak langgar Akta 342 jika tidak ambil - Takiyuddin
Suntikan vaksin melalui Program Imunisasi Kebangsaan di buat secara percuma dan sukarela ke atas individu yang tersenarai.