awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lisa Blackpink dilantik Duta Amazing Thailand
Warisan India berkembang pesat di Malaysia - Modi
Subsidi bersasar RON95 dijangka beri penjimatan fiskal RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita Terkini ASEAN25: Penyertaan Timor-Leste perkukuh Visi Komuniti ASEAN 2045 - PM

Faida Rahim
Faida Rahim
26/10/2025
01:30 MYT
Berita Terkini ASEAN25: Penyertaan Timor-Leste perkukuh Visi Komuniti ASEAN 2045 - PM
Anwar berkata penyertaan Timor-Leste melengkapkan keluarga ASEAN dan terus mengukuhkan semangat anggotanya. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan penyertaan bersejarah Timor-Leste ke dalam ASEAN sebagai pencapaian penting yang memperkukuh aspirasi serantau seperti yang digariskan dalam Visi Komuniti ASEAN 2045.
Beliau berkata, visi yang diterima pakai pada Mei lalu mencerminkan cita-cita bersama negara-negara anggota untuk membina masa depan yang lebih bersatu, adil dan berdaya tahan.
“Visi ini menuntut kita memperkukuh perpaduan dan peranan pusat ASEAN, mengejar pertumbuhan yang mampan dan saksama, serta melindungi kesejahteraan generasi akan datang,” katanya.
Beliau berkata demikian di Majlis Pembukaan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.
Anwar berkata penyertaan Timor-Leste melengkapkan keluarga ASEAN dan terus mengukuhkan semangat anggotanya.
“Dalam komuniti ini, pembangunan Timor-Leste dan autonomi strategiknya akan menerima sokongan yang kukuh dan berterusan,” tambahnya.
Malaysia, sebagai Pengerusi ASEAN, komited untuk memastikan penyertaan Timor-Leste membawa manfaat menyeluruh kepada rantau ini, selaras dengan matlamat jangka panjang yang telah digariskan.
Dapatkan berita ASEAN 2025 di sini
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#ASEAN25
#Sidang Kemuncak ASEAN ke-47
#Timor-Leste
#Visi Komuniti ASEAN 2045
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan