awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ada majikan buat tuntutan palsu bagi dapatkan dana Penjana - M. Saravanan

Hilmi Malik
Hilmi Malik
19/05/2021
10:24 MYT
Ada majikan buat tuntutan palsu bagi dapatkan dana Penjana - M. Saravanan
SARAVANAN: Wujud majikan yang tidak bertanggungjawab cuba untuk membuat permohonan palsu Program Insentif Pengambilan Pekerja dan Program Latihan di bawah Program PenjanaKerjaya 2.0. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Kementerian Sumber Manusia mendedahkan ada majikan yang telah mengemukakan tuntutan palsu bagi mendapatkan dana menerusi insentif Penjana 2.0 dari kerajaan.
Menterinya, Datuk Seri M. Saravanan berkata, kes tersebut kini dalam siasatan Anti-Fraud, Cawangan Etika dan Pematuhan yang perlu dirujuk kepada agensi penguat kuasa sekiranya diperlukan.
“Hasil siasatan awal mendapati terdapat majikan yang tidak bertanggungjawab dan mencuba untuk membuat permohonan palsu Program Insentif Pengambilan Pekerja dan Program Latihan di bawah Program Penjana Kerjaya 2.0.
“Rekod Perkeso mendapati caruman pekerja telah dibayar oleh majikan. Walau bagaimanapun, ini merupakan satu taktik yang diguna pakai bagi mematuhi syarat kelayakan dalam permohonan program ini.
“Pihak majikan juga didapati telah membuat penipuan dokumen setelah borang pengesahan diterima oleh pegawai Perkeso, dengan 36 orang pekerja menandatangani dan mengesahkan bahawa mereka masih bekerja di syarikat terbabit,” katanya ketika sidang media di Putrajaya secara maya pada Rabu.
Jelas Saravanan, pihak Perkeso tidak pernah melantik mana-mana individu mahupun orang tengah dalam mengendalikan permohonan tersebut.
Sebagai langkah tindakan, pihaknya akan bekerjasama dengan Perkeso untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas majikan yang tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
Sehingga 18 Mei 2021, pihak Perkeso telah menerima 1,758 kes aduan melibatkan bayaran yang meragukan dan isu bayaran gaji pekerja.
Selain itu, Perkeso juga telah menerima sejumlah RM85.1 juta melibatkan lebih daripada 8,000 majikan yang gagal memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dibawah Program Subsidi Upah dan telah membuat bayaran balik kepada Perkeso.
Topic Berkaitan
#PENJANA
#subsidi
#Saravanan
#Kementerian Sumber Manusia
#kerajaan
#dokumen palsu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan