awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ada perbezaan SOP PKPD di Selangor dan Kuala Lumpur - Polis

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
03/07/2021
09:19 MYT
Ada perbezaan SOP PKPD di Selangor dan Kuala Lumpur - Polis
Azmi meminta orang ramai supaya tidak keliru dengan pelaksanaan SOP di kedua-dua negeri itu. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kuala Lumpur dan Selangor yang mula dilaksanakan hari ini adalah berbeza.
Justeru, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim meminta orang ramai supaya tidak keliru dengan pelaksanaan SOP di kedua-dua kawasan terbabit.
Jelasnya, berbeza dengan PKPD di Selangor yang pelaksanaannya berdasarkan mukim atau daerah, PKPD di Kuala Lumpur pula bertumpu kepada lokaliti secara bersasar.
"Kita kena faham, kita di Kuala Lumpur bersandarkan lokaliti bukan seperti di Selangor mengikut daerah atau mukim, jadi kawasannya besar.
"Maka tindakan pematuhan dan operasi PKPD adalah berbeza," katanya pada sidang media selepas melakukan pemantauan di PKPD di Bukit Angkasa di sini, yang mempunyai lebih 13,000 penduduk, hari ini.
Azmi menegaskan hanya individu daripada empat kategori iaitu kesihatan, kebajikan, keselamatan dan tujuan kecemasan sahaja yang dibenarkan melakukan pergerakan keluar dan masuk di kawasan PKPD.
"Kita dapat SOP khusus di Kuala Lumpur daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN). Saya akui ramai lagi keliru dengan perbezaan SOP yang dikeluarkan MKN ini," katanya lagi.
Dalam pada itu, mengenai vaksinasi membabitkan penduduk di kawasan PKPD, beliau memberitahu, pihaknya sedang mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kesihatan sama ada perlu membawa trak Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bergerak ke kawasan tersebut atau melakukan penjadualan semula.
Topic Berkaitan
#Majlis Keselamatan Negara
#PKPD
#PPV
#Polis Diraja Malaysia
#Kuala Lumpur
#Selangor
#kekeliruan sop
#kebenaran keluar masuk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan