awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ada sebab kenapa DOJ tidak sebut nama 'Malaysian Official 1' - Rahman Dahlan

Bernama
Bernama
01/09/2016
23:37 MYT
Ada sebab kenapa DOJ tidak sebut nama 'Malaysian Official 1' - Rahman Dahlan
RAHMAN: Setelah siasatan menyeluruh dilakukan pelbagai pihak berkuasa, perdana menteri disahkan tidak terlibat dengan sebarang salah laku. - Gambar fail
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan hari ini menjelaskan kenapa Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat tidak menyebut nama sebenar Malaysian Official 1' (MO1).
Merujuk kepada wawancara beliau dengan BBC, yang disiarkan dalam laman sesawang perbadanan penyiaran itu hari ini, beliau berkata adalah jelas apa yang disebut sebagai 'MO1' itu merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Banyak yang lain juga disebut oleh DOJ. Tetapi, jelas sekali, tidak seorang pun daripada mereka, termasuk MO1, dinamakan sebagai subjek penyiasatan.
"Seperti yang akan disahkan mana-mana peguam, perbezaan antara disebutkan nama sebagai subjek dalam saman sivil, dan sekadar dirujuk dalam sesuatu penyiasatan, adalah perkara hitam putih," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Bagaimanapun, kata Abdul Rahman, yang juga Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional, setelah siasatan menyeluruh dilakukan pelbagai pihak berkuasa, perdana menteri disahkan tidak terlibat dengan sebarang salah laku.
"Maka, keterangan yang wujud adalah jelas dan perbuatan Tun Dr Mahathir (bekas Perdana Menteri) untuk memberi gambaran buruk akan gagal sekali lagi, sama seperti cubaan beliau sebelum ini untuk menumbangkan kerajaan Malaysia yang dipilih secara demokratik telah mengalami kegagalan teruk," katanya.
Abdul Rahman berkata Dr Mahathir dan sekutu baharunya daripada pembangkang sengaja mencampuradukkan kedua-dua perkara itu untuk memperdaya rakyat Malaysia.
"Kegagalan bantahan yang dianjurkan proksi mereka untuk bertanya siapakah sebenarnya MO1, adalah tidak relevan kerana MO1 tidak dinamakan sebagai subjek dalam mana-mana saman sivil DOJ," kata beliau.
Perhimpunan haram antikerajaan yang diadakan pada 27 Ogos di ibu negara berlangsung dalam keadaan tidak bermaya dan tidak mendapat sambutan baik.
Hanya 1,500 orang menyertainya, berbanding sasaran asal 10,000, yang kemudian dikurangkan kepada 5,000, tidak sampai 24 jam sebelum perhimpunan itu bermula.
Topic Berkaitan
#AS
#DoJ
#jabatan keadilan
#malaysian official 1
#Mo1
#Perdana Menteri
#TUN DR MAHATHIR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan