awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua lelaki ditahan lakukan perbuatan tidak senonoh di tempat awam
Arsenal sahkan Mikel Merino akan jalani pembedahan kaki
Olivia Dean dinobatkan Artis Baharu Terbaik di Anugerah Grammy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Ada seminggu lagi, masih sempat untuk terima dos penggalak' - KJ

Sinar Harian
Sinar Harian
26/03/2022
08:43 MYT
'Ada seminggu lagi, masih sempat untuk terima dos penggalak' - KJ
Khairy Jamaluddin bersama sukarelawan pada majlis pelancaran 'MyCHAMPION - Community Health Agent' Peringkat Kebangsaan 2022 hari ini. - Gambar BERNAMA
SEPANG: Berbaki lima hari sahaja lagi sebelum kehilangan status lengkap vaksin, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menaruh harapan tinggi terhadap warga emas dan penerima vaksin Sinovac untuk segera mendapatkan dos penggalak.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, walaupun terdapat segelintir individu merungut dengan keputusan KKM membatalkan status tersebut, namun syarat yang diletakkan itu berdasarkan data bukan hanya di Malaysia tetapi juga di negara lain.
“Ada masa lebih kurang seminggu lagi. Masih sempat untuk mereka menerima vaksin (dos penggalak).
“Semalam (Jumaat) kita sudah maklumkan cara-cara untuk mendapatkan link bagi membuat temu janji di MySejahtera,” katanya selepas Majlis Pelancaran MyCHAMPION Peringkat Kebangsaan di sini, pada Sabtu.
Hadir sama Pengarah Bersama Pasukan Pengurusan Projek Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF), Datuk Dr Chong Chee Keong.
Sebelum ini, Khairy Jamaluddin memaklumkan, penerima vaksin Sinovac dan warga emas berumur 60 tahun ke atas yang menerima semua jenis vaksin diberikan tempoh sehingga 31 Mac 2022 untuk mendapatkan suntikan dos penggalak.
Katanya, jika gagal berbuat demikian, status vaksinasi mereka akan bertukar kepada tidak lengkap.
Pada Jumaat, beliau turut memaklumkan lebih dua juta penerima vaksin Sinovacbakal kehilangan status vaksinasi tersebut dan itu bukan perkara baru tetapi sudah dimaklumkan sejak 16 Disember tahun lalu.
Artikel asal di Sinar Harian boleh dibaca di sini
Topic Berkaitan
#dos penggalak
#Kementerian Kesihatan
#warga emas
#Khairy Jamaluddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan