awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Adakah ini penyalahgunaan kuasa?' soal Dr Mahathir

Nik Nuur Azam Shah
Nik Nuur Azam Shah
20/11/2024
08:55 MYT
'Adakah ini penyalahgunaan kuasa?' soal Dr Mahathir
Dr Mahathir secara terbuka mengakui bahawa banyak usaha yang gagal, sekali gus menyemarakkan kritikan dan merumitkan lagi legasi Daim. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pemergian Tun Daim Zainuddin, bekas Menteri Kewangan Malaysia telah mencetuskan perbualan hangat di seluruh negara terutamanya berhubung pembangunan ekonomi negara.
Dalam kenyataan yang dikongsi di platform X oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, kehidupan dan legasi Daim dikupas melalui sudut pandang khidmat, pengorbanan, dan cabaran dalam usaha membangunkan negara.
Dr Mahathir memulakan penulisannya dengan meluahkan kekecewaan beliau kerana sumbangan Daim hanya dihargai selepas Daim meninggal dunia.
“Ia menyedihkan. Dia terpaksa meninggal dahulu,” tulis Dr Mahathir, sambil menekankan bahawa kebijaksanaan kewangan dan usaha Daim dalam membangunkan negara sering dibayangi dengan tuduhan dan kritikan sepanjang hayatnya.
Penyertaan Daim dalam perkhidmatan awam menandakan peralihan daripada mengumpul kekayaan peribadi kepada mengejar matlamat nasional.
Dilantik sebagai Menteri Kewangan pada tahun 1984, Daim meninggalkan perniagaan yang menguntungkan demi berkhidmat kepada negara, dengan sedar akan pengorbanan kewangan yang terlibat.
“Dia sudah kaya pada tahun 1981, ketika saya menjadi Perdana Menteri,” ujarnya, sambil menambah bahawa komitmen Daim terhadap Dasar Ekonomi Baru (DEB) mencerminkan kepercayaannya dalam usaha memperkasa komuniti Melayu.
Berbeza dengan pendekatan konvensional, Daim percaya dalam “memulakan dari atas.”
Beliau mengenal pasti dan membimbing usahawan Melayu muda, memberikan mereka kontrak kerajaan, lesen dan peluang untuk merapatkan jurang sosioekonomi, kata Dr Mahathir.
Pendekatan Daim tidak terlepas daripada kritikan.
Soalan mengenai pilih kasih dan kronisme sering timbul sepanjang tempoh perkhidmatannya, apabila ramai mempersoalkan mengapa individu tertentu diberi peluang tersebut.
Sehubungan itu, Dr Mahathir mempertahankan keputusan tersebut, menegaskan bahawa tanpa campur tangan kerajaan, sektor swasta tidak akan memberikan peluang kepada orang Melayu yang kurang pengalaman.
1. Daim passed away. 2. I lost a friend. 3. Now people are talking and writing about Daims contribution to the country. 4. It is sad. He had to die first. Even those he tutored on finance appreciated him not. Die first. 5. He was already rich in
— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) November 20, 2024
“Untuk mengejar mereka yang kaya di Malaysia, anda tidak boleh bermula dengan menjual tom yam atau pisang goreng di tepi jalan,” jelasnya, sambil menekankan bahawa DEB bertujuan mempercepatkan kebangkitan ekonomi komuniti Melayu.
Namun, tidak semua anak didik Daim berjaya, jelas Dr Mahathir.
Dr Mahathir secara terbuka mengakui bahawa banyak usaha yang gagal, sekali gus menyemarakkan kritikan dan merumitkan lagi legasi Daim.
Menyentuh mengenai DEB, Dr Mahathir berpendapat bahawa ia telah meletakkan asas kepada kestabilan ekonomi sederhana yang dinikmati Malaysia sehingga saat ini.
“Ya, DEB bukan kejayaan besar. Namun, sekurang-kurangnya beberapa orang Melayu berjaya. Jika tidak ada langsung, jurang perbezaan akan menjadi lebih besar,” tambahnya.
Pengkritik Daim sering berspekulasi mengenai kekayaan peribadinya, menuduh bahawa tempoh perkhidmatannya mengkayakan dirinya.
Dr Mahathir menepis dakwaan tersebut, dengan menyatakan bahawa jika Daim hanya memfokuskan kepada dirinya, beliau mungkin telah mengumpul kekayaan yang besar tetapi dengan mengorbankan kemajuan negara.
“Fikirkan,” kata Dr. Mahathir sebagai penutup.
“Bagaimana jika Daim hanya menumpukan kepada mengkayakan dirinya? Malaysia tidak akan menjadi seperti hari ini.”
Topic Berkaitan
#Daim Zainuddin
#Daim Zainuddin meninggal dunia
#Mahathir Mohamad
#Dasar Ekonomi Baru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan