Kes saman Aminah Abdullah, ibu kepada Allahyarham Tan Sri Jamaludin Jarjis, terhadap dua orang cucunya berhubung kegagalan memasukkan syer tiga buah syarikat ke dalam senarai aset harta pusaka dianggar bernilai RM1.3 bilion, hari ini dimulakan dengan memanggil adik bekas Ahli Parlimen Rompin itu, Mohamed Najeb Ali di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur.
Sebelum ini kes itu tidak dapat diselesaikan melalui proses mediasi.
Menurut peguam Aminah dan Najeb, Pawancheek Merican, beberapa isu yang akan dibangkitkan adalah pemilikan beberapa aset kediaman di luar negara selain wang tunai.
Aminah, 85 tahun, selaku plaintif sebelum ini memfailkan saman itu melalui firma Tetuan Wan Marican, Hamzah & Shaik pada 3 Januari lalu dengan menamakan anak sulung Allahyarham, Nur Anis, 34 tahun, dan Ikwan Hafiz, 32 tahun, masing-masing sebagai defendan pertama dan kedua.
Bicara berlangsung di dalam kamar Hakim Mohd Firuz Jaffril.
Aminah sebelum menolak cadangan kedua-dua cucunya untuk menyelesaikan kes saman itu selepas mendapati ia tidak munasabah.
Kedua-dua defendan mencadangkan untuk memberi wang faraid kepada plaintif namun cadangan itu ditolak selepas mendapati ia tidak ada kena mengena dengan saman sivil berhubung syer syarikat yang dikemukakan di mahkamah.
Kes saman berkenaan diteruskan dengan perbicaraan bermula hari ini dengan Najeb menjadi saksi pertama daripada 12 orang saksi plaintif akan memberi keterangan.
Aminah yang memfailkan saman itu pada 3 Januari lepas, mendakwa kedua-dua defendan sebagai pentadbir bersama harta pusaka Jamaludin gagal memasukkan syer tiga syarikat sebagai aset harta pusaka ke dalam senarai aset dalam surat kuasa mentadbir sewaktu kematian si mati pada 4 April 2015 dan gagal memasukkan syer itu dalam tanggungan sejak 6 Julai 2017.
Dalam penyataan tuntutannya, Aminah mendakwa kedua-dua defendan gagal memasukkan syer tiga syarikat iaitu syarikat Rantai Wawasan Sdn Bhd, Alpine Motion Sdn Bhd, Ivory Insight Wawasan Sdn Bhd sebagai sebahagian daripada aset harta pusaka si mati dan dibuat dengan tujuan menafikan hak dan kepentingan plaintif sebagai benefisiari harta pusaka si mati.
Plaintif juga mendakwa kedua-dua cucunya itu gagal menyatakan anggaran nilai bagi setiap satu syer tiga syarikat itu yang bernilai RM1,384,312,154, dua tahun enam bulan selepas kematian Jamaludin, dan gagal memberi maklumat berhubung dengan harta pusaka sebelum plaintif melantik peguam syarie dan peguamcara untuk bertindak bagi pihak plaintif.
Kedua-dua defendan juga didakwa gagal memasukkan sebuah apartmen di Amerika Syarikat dengan anggaran nilai RM10 juta ke dalam senarai aset yang dilampirkan bersama surat pentadbiran dan gagal memaklumkan kepada plaintif bahawa beliau telah memperoleh sijil faraid bagi harta pusaka daripada Mahkamah Tinggi Syariah pada 6 Oktober 2016.
Oleh itu, plaintif menuntut namanya dimasukkan dalam senarai pentadbir bersama harta pusaka kerana beliau merupakan ibu kandung yang sah kepada si mati mempunyai kepentingan dalam harta pusaka.
Turut dituntut kedua-dua defendan membayar dividen, bonus, keuntungan dan isu terbitan daripada pegangan syer tiga buah syarikat itu ke dalam akaun plaintif dalam tempoh 21 hari dari tarikh perintah dikeluarkan.
Jamaludin terkorban dalam nahas helikopter di Kampung Sungai Pening, Semenyih, Selangor pada 4 April 2015.
Selain Jamaludin, bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Azlin Alias adalah antara enam orang yang terbunuh dalam kejadian itu.
Empat lagi mangsa di dalam helikopter itu ialah juruterbang Kapten Clifford William Fournier; pembantu operasi helikopter Aidana Baizieva; pengawal peribadi Jamaluddin, Razakan B Seran dan usahawan Datuk Tan Huat Seang.
Semua mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang daripada menghadiri majlis kenduri kahwin anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pekan, Pahang.
Helikopter itu dalam penerbangan dari Kuantan ke Subang.
Astro Awani
Thu Aug 15 2019
Kes saman berkenaan diteruskan dengan perbicaraan bermula hari ini dengan Najeb menjadi saksi pertama daripada 12 orang saksi plaintif akan memberi keterangan. FOTO: Astro Awani
Anwar bertemu PM Qatar, zahirkan kesediaan Malaysia beri rawatan kepada rakyat Palestin
Perkara itu dimaklumkan oleh Anwar kepada Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al Thani pada pertemuan dua hala.
Lelaki ditahan bantu siasatan kematian pemuda Orang Asli
Suspek berusia 38 tahun itu telah memandu kenderaan dan membawa mangsa yang didakwa terkena peluru sesat ke Balai Polis Sungai Koyan.
Tourism Johor akan dikorporatkan tahun ini - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan mengkorporatkan Tourism Johor pada tahun ini dalam usaha untuk memperkasakan agensi berkenaan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Beliau mungkin tidak akan bersama kontinjen negara sekiranya tiada 'lampu hijau' berikutan tiga jarinya tidak dapat digunakan dengan baik.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Sabrina Meng berkata, rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar
Antara tindakan diambil ialah sita, denda dan kompaun, serta pemberian notis peringatan kepada operator taska.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
MAS ubah laluan penerbangan, elak ruang udara Iran dan ketegangan di Asia Barat
Malaysia Airlines (MAS) akan mengubah laluan penerbangan antara Kuala Lumpur dan London untuk mengelak ruang udara Iran berikutan ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat.
'Fast track' Mahkamah Syariah selesai kes cerai dalam masa sehari
Perkhidmatan laluan pantas atau 'fast track' Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan yang diperkenalkan pada 2021 berjaya menyelesaikan kes antaranya cerai dalam masa sehari.
KL, Negeri Sembilan catat peningkatan pembaziran makanan pada Ramadan 2023
Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan direkodkaan sebagai dua negeri yang mencatatkan peningkatan pembaziran makanan pada bulan Ramadan tahun lalu.
Penilaian cadangan konsep HSR fokus untuk minimumkan implikasi kewangan kerajaan - Anthony
Kementerian Pengangkutan akan meneliti cadangan konsep projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura dengan fokus untuk meminimumkan implikasi kewangan kepada kerajaan.
Pengundian semula Pemilu 2024 di Kuala Lumpur berjalan lancar, terkawal
Proses pengundian semula melibatkan 22 Tempat Pemungutan Suara (TPS) dan 120 KSK atau peti undi bergerak.
Aura Cakra Khan memukau penonton di konsert 'Live' KL
Walaupun beraksi selama tiga jam, Cakra Khan mendendangkan lagu-lagu balada yang membuai perasaan dengan suara serak basahnya.
Turkmenistan Airlines perkenal laluan Ashgabat-KL
Turkmenistan Airlines sedang mengembangkan rangkaian antarabangsanya dengan memperkenalkan empat laluan baharu, termasuk satu ke Kuala Lumpur.
Penyediaan kawasan lapang di Kuala Lumpur perlu lebih kreatif untuk dimajukan - DBKL
Pengarah Eksekutif (Perancangan) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Datuk Zulkurnain Hassan berkata DBKL tidak boleh memaksa pihak pemaju menyerahkan tanah secara percuma dalam semua keadaan.
Persempadanan Selangor, Kuala Lumpur dimuktamad 2025 - Amirudin
Persempadanan kawasan antara Selangor dan Kuala Lumpur akan dimuktamadkan pada 2025, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.