IPOH: Pemandu lori yang maut tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Km 27.10 Jalan Simpang Pulai-Blue Valley dekat sini selalu berkongsi cerita berkaitan kejadian tanah runtuh di Cameron Highlands sebelum beliau sendiri menjadi mangsa tragedi kejadian tanah runtuh di kawasan peranginan tanah tinggi itu, kata abangnya Mohd Kamal Hamdi.
Mangsa Muhammad Hafiz Hamdi, 31, bapa kepada dua anak, seorang berusia dua tahun dan seorang lagi masih bayi, memandu lori dengan muatan sayur-sayuran dari kawasan tanah tinggi itu setiap hari.
Mohd Kamal, 40, berkata dia berasa hairan apabila arwah adiknya itu secara tiba-tiba berdiam diri apabila dia berkongsi mengenai kejadian tanah runtuh berkenaan di dalam pesanan WhatsApp keluarga mereka.
"Gerak hati saya terasa lain sebab tiada tindak balas daripadanya seperti sebelum ini jadi saya menghubungi rakannya untuk mendapatkan kepastian kerana bimbang akan keselamatannya.
Apabila rakannya memaklumkan adik saya terlibat dalam kejadian, saya terus pulang ke Ipoh dengan memandu lori dari Kuala Lumpur dan segera membawa kereta ke lokasi tanah runtuh kerana masih tidak percaya ia menimpanya," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian di sini pada Khamis.
Mohd Kamal berkata beliau sendiri melakukan pengecaman mayat adiknya kerana isteri mangsa masih berada dalam keadaan trauma.
Menurutnya jenazah akan dikebumikan di kampung mereka di Tanjung Piandang, Parit Buntar selepas segala urusan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh selesai.
BACA: Kenderaan tertimbus dalam insiden tanah runtuh jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands
BACA: Tanah runtuh Simpang Pulai: Pemandu lori sayur dikhuatiri terperangkap - Polis
BACA: Tanah runtuh Simpang Pulai: Mayat pemandu lori ditemui, korban lebih daripada seorang
Sementara itu di Jabatan Forensik HRPB, abang ipar mangsa tanah runtuh yang ditemui memberitahu arwah seorang yang ceria dan baik hati.
Rosli Saidin, 52, dari Butterworth, Pulau Pinang berkata beliau mengetahui mengenai kejadian itu kira-kira pukul 7 malam tadi daripada isteri mangsa yang merupakan adik perempuannya.
"Pada mula anak saya melihat gambar kejadian yang tular namun tidak dapat pengesahan daripada sesiapa sama ada mangsa itu adik ipar saya.
"Kami sekeluarga reda namun agak terkejut dengan kejadian ini," katanya.
Beliau yang juga pemandu lori sayur berkata arwah memang kerap berulang-alik ke Cameron Highlands untuk mengambil sayur untuk dijual di sekitar Parit Buntar.
Rosli berkata arwah mempunyai sepasang anak berusia kira-kira dua dan setahun hasil perkahwinan dengan adik perempuannya sejak empat tahun lalu.
Katanya isteri mangsa yang mengetahui mengenai kejadian itu terus bergegas dari Tanjung Piandang, Parit Buntar ke lokasi kejadian.
Setakat ini dua mangsa maut tertimbus yang ditemui iaitu Muhammad Hafiz dan pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard dikenali sebagai Tan Chee Heng, 36, yang dalam perjalanan dari Gua Musang ke Pulau Pinang.
BACA: Tanah runtuh Simpang Pulai: Mayat pemandu MPV ditemui, 2 korban sehingga kini
BACA: Tanah runtuh Simpang Pulai: Mayat terakhir dibawa keluar, polis sah 2 mangsa terkorban
Difahamkan, Chee Heng yang berasal dari Klang, Selangor ingin melawat neneknya dengan membawa buah strawberi di dalam kenderaan dipandunya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 02 2021
Mohd Kamal (gambar) berasa hairan apabila arwah adiknya itu secara tiba-tiba berdiam diri apabila dia berkongsi mengenai kejadian tanah runtuh berkenaan di dalam pesanan WhatsApp keluarga mereka. -Foto Sinar Harian
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
AWANI Ringkas: Amaran hujan tahap waspada sehingga Jumaat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Amaran hujan lebat berterusan peringkat bahaya hingga Jumaat
Hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka di Perlis, beberapa kawasan di Kedah, Perak, dan Pahang.
Rockshed kekal tangani runtuhan cerun di Simpang Pulai - Nanta
Pembinaan rockshed kekal itu masih berada pada tahap perbincangan yang memerlukan penelitian berhubung reka bentuk dan ciri keselamatan.
Laluan terjejas tanah runtuh di Cameron Highlands telah dibuka
Polis berkata insiden itu menyebabkan laluan tersebut terhalang dan tidak dapat dilalui oleh kenderaan selama dua jam.
Tanah runtuh: Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands ditutup
Insiden cerun runtuh di KM43.4, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands berhampiran sempadan negeri Pahang pada Jumaat menyebabkan laluan itu ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan.
Pendekatan terbaik kerajaan negeri selesai isu peniaga Cameron Highland - Sultan Pahang
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah kerajaan negeri sudah mengambil pendekatan terbaik dalam menyelesaikan isu 32 peniaga di Cameron Highlands.
Sultan Pahang titah isu peniaga Cameron Highlands diselesaikan dengan baik
Sultan Pahang menasihatkan agar tiada pihak ketiga mengeruhkan keadaan untuk memastikan penyelesaian yang baik.
31 mangsa terjejas banjir kilat, tanah runtuh di Cameron Highlands
Seramai 31 mangsa dipindahkan ke PPS di Pusat Komuniti Sungai Ruil akibat banjir kilat dan tanah runtuh di Cameron Highlands.
Tiada istilah 'kuda tua', Mamat buat penampilan ke-15 LTdL
Pelumba berpengalaman negara, Mamat masih menggalas cabaran Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) pada jelajah lumba basikal LTdL 2024 yang akan membuka tirai pada 29 Sept hingga 6 Okt ini.
Laluan terjejas tanah runtuh di Cameron Highlands selamat dilalui
Laluan di Kilometer (KM) 67, Jalan Besar Brinchang yang terjejas akibat tanah runtuh pada Sabtu selamat dilalui oleh semua jenis kenderaan.
Siasat menyeluruh insiden tanah runtuh Cameron Highlands - NGO
Reach menggesa siasatan menyeluruh dilakukan di lokasi berlakunya tanah runtuh di Jalan Besar Brinchang, Kilometer (KM) 67 berhampiran Agro Market di sini pada Sabtu.