IPOH: Dua lelaki disahkan terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Simpang Pulau ke Cameron Highlands hari ini.
Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata mangsa yang terkorban ialah pemandu lori sayur Muhammad Hafiz Hamdi, 31, dan pemandu Toyota Alphard, Tan Chee Heng, 36.
Katanya, mayat terakhir iaitu Muhammad Hafiz yang terperangkap dalam kenderaannya dibawa keluar pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira jam 10.55 malam.
Terdahulu, pasukan SAR Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak mengeluarkan mayat Chee Heng pada jam 9.55 malam.
"Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat.
"Buat masa ini, dua sahaja mangsa dalam kejadian ini.
"Bagaimanapun, kita telah berbincang dengan Pengarah JBPM Perak bersama dengan Pegawai Daerah Kinta, APM dan JKR dan membuat keputusan untuk meneruskan pencarian.
"Kita khuatir jika ada lagi mangsa-mangsa yang tertimbus di tempat kejadian," katanya.
BACA: Kenderaan tertimbus dalam insiden tanah runtuh jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands
BACA: Tanah runtuh Simpang Pulai: Mayat pemandu lori ditemui, korban lebih daripada seorang
JBPM Perak menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 1.44 tengah hari tadi dan pemerhatian awal mendapati dua kenderaan dipercayai tertimbus dalam runtuhan tanah berkenaan.
Operasi SAR segera dilancarkan termasuk kerja-kerja mengangkat timbunan tanah menggunakan jengkaut.
Menurut jurucakap JBPM Perak, pemandu lori itu pada petang kejadian, telah memberikan respons ketika usaha menyelamatkannya namun kemudian disahkan telah meninggal dunia.
Kira-kira 100 anggota dan pegawai pelbagai agensi keselamatan dan pertahanan negara termasuk Jabatan Kerja Raya (JKR) berada di lokasi serta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dalam operasi tersebut agar memudahkan kelicinan pengoperasian.
Sementara itu, Bernama melaporkan, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata hujan yang berterusan dipercayai menyebabkan berlaku hakisan tanah di kawasan cerun potong di laluan berkenaan.
"Runtuhan tanah berlaku sepanjang 100 meter dan laluan utama ke Cameron Highlands itu tidak selamat untuk semua jenis kenderaan dan masih dikawal ketat oleh pihak konsesi.
"Bagaimanapun, punca tanah runtuh masih dalam siasatan dan pemantauan dilakukan dari semasa ke semasa oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah dan pihak konsesi jalan persekutuan," katanya.
Dalam pada itu, Ketua Kampung Pawong Ismail Baloh, 51, berkata kejadian tanah runtuh itu disedari pada kira-kira pukul 2 petang semasa dia dalam perjalanan untuk ke Simpang Pulai.
"Saya nampak ada dua kenderaan bomba naik sebelum orang kampung cemas memberitahu tentang kejadian tanah runtuh ini," kata Ismail.
Amirrul Rabbani
Thu Dec 02 2021

Mangsa yang terkorban ialah pemandu lori sayur Muhammad Hafiz Hamdi, 31, dan pemandu Toyota Alphard, Tan Chee Heng, 36. - Gambar/ Astro AWANI

Jangka hayat penduduk Korea Selatan turun kepada 82.7 tahun
Purata jangka hayat bayi yang dilahirkan di Korea Selatan tahun lalu turun sekitar satu tahun menjadi 82.7 tahun, menurut data yang dikeluarkan pada Jumaat.

JKDM rampas dadah bernilai RM15.6 juta dalam tong dari India
JKDM menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah antarabangsa dan merampas ketamin seberat 260 kilogram (kg) bernilai RM15.6 juta pada 21 Nov lepas.

'Kecekapan berbahasa Inggeris penting kepada pelajar' - Pakar
Sanghi berkata, kecekapan berbahasa Inggeris mampu mempersiapkan golongan muda untuk menghadapi cabaran global.

'Kedah Aerotropolis ambil kira dapatan kajian NASP, dipertimbang selepas kajian dimuktamad'
Kajian Pelan Strategik Lapangan Terbang Negara (NASP) yang sedang dilaksanakan Kementerian Pengangkutan akan menilai keperluan sebenar projek pembangunan lapangan terbang termasuk Kedah Aerotropolis.

Penjawat awam Perak terima Bantuan Khas Kewangan dua bulan gaji
Penjawat awam Perak bakal menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) pada kadar dua bulan gaji yang akan dibayar penuh pada 20 Dis ini.

Anugerah Perhubungan Awam Malaysia iktiraf keunggulan industri
Malaysia Public Relations Awards (MPRA) tahun ini bakal mengiktiraf penerima anugerah dalam hampir 20 kategori untuk pelbagai kempen perhubungan awam dan komunikasi sepanjang tahun.

Kes pengubahan wang haram, rasuah Wan Saiful dibicarakan bersama
Mahkamah Sesyen membenarkan permohonan pihak pendakwaan supaya kes pengubahan wang haram dan rasuah berhubung projek Jana Wibawa yang dihadapi Wan Saiful dibicarakan bersama.

Najib mohon lepas tanpa bebas, kes SRC RM27 juta lebih 5 tahun tergantung
Najib memohon dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) daripada tiga lagi pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd (SRC).

PRK Kemaman: Jangkaan 70 peratus keluar mengundi - SPR
Abdul Ghani berkata, jangkaan itu bagaimanapun bergantung keadaan cuaca hujan yang melanda Pantai Timur termasuk di Kemaman ketika ini.

Korban akibat banjir di Kenya meningkat kepada 136 orang
Menurut Kementerian Dalam Negeri, lebih 92,400 isi rumah dan 462,100 penduduk terjejas.

Tanah runtuh Simpang Pulai: SAR diteruskan dengan bantuan Unit Anjing Pengesan
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan runtuhan tanah di Seksyen 27, Simpang Pulai - Cameron Highlands diteruskan dengan khidmat Unit Anjing Pengesan (K9).

Tanah runtuh Simpang Pulai: Mayat pemandu lori ditemui, korban lebih daripada seorang
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, berkata mayat pemandu lori, Muhammad Hafiz Hamdi, 31 ditemui jam 8 malam tadi.