IPOH: Mayat mangsa pertama yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Kilometer (KM) 27.10 Jalan Simpang Pulai ke Cameron Highlands ditemukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) malam ini.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, berkata mayat pemandu lori, Muhammad Hafiz Hamdi, 31 ditemui jam 8 malam tadi.
Selain itu, beliau berkata Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak memaklumkan sebuah kenderaan kenderaan pelbagai guna (mpv) turut ditemui tertimbus dalam runtuhan berkenaan.
BACA: Tanah runtuh Simpang Pulai: Pemandu lori sayur dikhuatiri terperangkap - Polis
BACA: Kenderaan tertimbus dalam insiden tanah runtuh jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands
Walau bagaimanapun kata beliau, pihaknya masih belum dapat mengesahkan keadaan dan berapa jumlah mangsa yang berada dalam MPV berkenaan.
"Kita dalam usaha untuk mengeluarkan mayat mangsa. Kita percaya beliau telah meninggal akibat daripada runtuhan tanah itu.
"Agak sukar sebenarnya (untuk mengeluarkan mangsa) sebab keadaan lori tu ditimbus dengan tanah yang banyak di atas. So saya percaya malam ini kita akan dapat keluarkan mayat yang kita kenali sebagai Muhammad Hafiz Hamdi, 31 tahun, warisnya pun ada di sini.
"Di sebelah sana tadi saya difahamkan oleh pihak bomba ada sebuah MPV dalam keadaan terbalik dan setakat ini saya belum boleh mengesahkan berapa penumpang dalam MPV itu," katanya.
Beliau berkata, operasi SAR akan diteruskan sehingga kesemua mangsa berjaya dikeluarkan dari tempat kejadian.
Dalam kejadian petang tadi, mangsa terperangkap dalam sebuah lori dalam kejadian tanah runtuh di Seksyen 27 hingga Seksyen 30, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands.
Mangsa dipercayai sedang memandu sebuah lori dengan muatan sayur-sayuran dari Cameron Highlands menghala ke Ipoh.
Amirrul Rabbani
Thu Dec 02 2021
Operasi SAR akan diteruskan sehingga kesemua mangsa berjaya dikeluarkan dari tempat kejadian.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Tanah runtuh Simpang Pulai: SAR diteruskan dengan bantuan Unit Anjing Pengesan
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan runtuhan tanah di Seksyen 27, Simpang Pulai - Cameron Highlands diteruskan dengan khidmat Unit Anjing Pengesan (K9).
Tanah runtuh Simpang Pulai: Mayat pemandu lori ditemui, korban lebih daripada seorang
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, berkata mayat pemandu lori, Muhammad Hafiz Hamdi, 31 ditemui jam 8 malam tadi.