awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Adira akui rasa sayang pada bekas tunang masih ada

Gempak
Gempak
02/07/2015
04:04 MYT
Adira akui rasa sayang pada bekas tunang masih ada
ADIRA: -Saya boleh katakan masih sayang dia dan hati itu masih ada. Malah keluarga terutama ibu saya juga sayang pada dia tetapi saya anggap kami tidak ada jodoh.
PENYANYI Adira mengakui walaupun dia redha dengan ketentuan Ilahi namun tidak menafikan rasa sayang terhadap bekas tunangnya, Shahrul Nasrun masih ada. Menurut Adira, dia tidak menyimpan dendam terhadap bekas tunangnya dan menganggap bahawa tiada jodoh antara mereka. “Sekarang ini saya dah moved on sebab perkara ini (putus tunang) pun dah lama sejak April lalu. “Selama ini saya tidak bercerita sebab mahu jaga nama baik keluarga tetapi disebabkan dia (bekas tunang) sudah beri kenyataan, jadi saya hanya mengiyakan sahaja. “Saya boleh katakan masih sayang dia dan hati itu masih ada. Malah keluarga terutama ibu saya juga sayang pada dia tetapi saya anggap kami tidak ada jodoh. “Buat masa ini, fokus saya sekarang pada famili dan karier saya,” katanya seperti yang dilapor portal Murai. Bagaimanapun, Adira percaya bahawa setiap perkara yang berlaku mempunyai hikmah dan kejadian itu tidak membuatkan dirinya serik untuk bercinta. “Serik tu memang serik, tapi tidaklah sampai rasa tidak mahu bercinta lagi. Saya pun tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan. “Biarlah masa yang akan menentukan segalanya. Saya juga tidak menolak dengan sesiapa pun jodoh saya,” ujarnya pendek.
Topic Berkaitan
#Adira
#bekas tunang
#ketentuan
#Redha
#Shahrul Nasrun
#tiada jodoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan