awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mangsa cedera akibat gempa bumi Pacitan meningkat kepada 40 orang
TFC gagal bawa bekalan selesa ke Kuala Lumpur
Bekas PM Norway disiasat berhubung elemen rasuah dalam fail Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Adnan Yaakob angkat sumpah sebagai MB Pahang

Bernama
Bernama
09/05/2013
09:59 MYT
Adnan Yaakob angkat sumpah sebagai MB Pahang
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Pahang di Istana Sultan Abu Bakar, Pekan pada 5 petang ini.
Beliau mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Pahang buat kali keempat di hadapan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah.
Adnan, 63, yang juga Pengerusi Badan perhubungan Umno negeri, dilantik semula sebagai Menteri Besar selepas berjaya mengekalkan kemenangan BN di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai pada pilihan raya umum ke-13 Ahad lepas.
BN memenangi 30 daripada 42 kerusi DUN yang dipertandingkan di Pahang berbanding 37 pada 2008. Adnan mula menyandang jawatan Menteri Besar Pahang pada 25 Mei 1999 menggantikan Tan Sri Mohd Khalil Yaakob (kini Tun), yang dilantik sebagai Menteri Penerangan ketika itu.
Adnan, yang mempertahan kerusi DUN Pelangai, mula bertanding di kawasan itu pada 1986 dan dilantik sebagai Menteri Besar untuk penggal kedua pada 2004, dan penggal ketiga pada 2008.
Beliau dianugerah gelaran 'Datuk Seri Diraja' oleh Sultan Ahmad Shah pada 2010 dan merupakan penerima pertama dalam sejarah Pahang.
Topic Berkaitan
#Adnan Yaakob
#angkat sumpah
#Pahang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan