awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Afrika Selatan sasar ketibaan dua kali ganda pelancong dari Malaysia tahun ini
OM selesaikan ganjaran hadiah kewangan bekas atlet olahraga
Lawatan rasmi dua hari Modi ke Malaysia bermula Sabtu ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Adrain Jerome dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Aduan SPRM

Bernama
Bernama
08/05/2024
08:15 MYT
Adrain Jerome dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Aduan SPRM
Menurut SPRM pelantikan JKA adalah selari dengan perundangan mengikut Seksyen 15 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694). - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Adrain Jerome Karuna Devan dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Aduan (JKA) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu berkuat kuasa selama tiga tahun bermula 1 Feb lepas hingga 31 Januari 2027.
SPRM dalam kenyataan hari ini berkata lantikan itu adalah bagi menggantikan Datuk Mohtar Mohd Abd Rahman yang meletakkan jawatan pada 4 Disember 2022, dan watikah pelantikan itu disampaikan kepada Adrain Jerome hari ini oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki.
Adrain Jerome berkelulusan BA (Hons) International Relations Subsidiaries in Psychology and Environmental Protection & Pollution dari University of Keele, United Kingdom dan berpengalaman luas dalam aktiviti pencegahan jenayah sebagai Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Kuala Lumpur.
Menurut SPRM pelantikan JKA adalah selari dengan perundangan mengikut Seksyen 15 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) yang fungsinya untuk memantau pengendalian SPRM tentang aduan salah laku pegawai SPRM yang tidak bersifat jenayah.
JKA merupakan salah satu daripada lima badan pemantau bebas iaitu Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR), Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) dan Panel Penilaian Operasi (PPO).
JKA dipengerusikan oleh Datuk Dr Asariah Mior Shaharuddin dan ahlinya terdiri daripada Datuk Dr Tam Weng Wah, Prof Datuk Noor Aziah Mohd Awal dan Datuk Ruziati Mior Ahamad Ariffin.
SPRM adalah agensi penguatkuasaan pertama di Malaysia yang mempunyai badan bebas yang bertindak sebagai mekanisme semak dan imbang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#Jawatankuasa Aduan
#Adrain Jerome
#ahli jawatankuasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan