awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Program Rakan Muda terus diperkasakan, lahir belia berkualiti
Nelayan warga emas ditemukan lemas di Pengerang
Steven Spielberg sertai kelab elit EGOT selepas menang Grammy pertama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ADUN boleh guna peruntukan RTP untuk biaya Projek Jiwa Murni - Abang Jo

Bernama
Bernama
10/03/2021
10:14 MYT
ADUN boleh guna peruntukan RTP untuk biaya Projek Jiwa Murni - Abang Jo
Menurut Abang Jo, setiap ADUN Sarawak diperuntukkan RM5 juta setahun untuk melaksanakan RTP di kawasan pilihan raya masing-masing. - Gambar fail
GEDONG (Sarawak): Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak boleh menggunakan peruntukan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) masing-masing untuk membiayai projek Jiwa Murni Angkatan Tentera di kawasan pilihan raya masing-masing, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
Menurutnya, setiap ADUN Sarawak diperuntukkan RM5 juta setahun untuk melaksanakan RTP di kawasan pilihan raya masing-masing.
Sambil memuji usaha Tentera Darat Malaysia (TDM) melaksanakan projek jiwa murni yang pada tahun ini berpusat di Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong dan Simunjan dalam kawasan parlimen Batang Sadong, beliau bersetuju jika TDM dapat memperluaskan program berkenaan ke kawasan-kawan lain.
Abang Johari berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Projek Jiwa Murni Peringkat Parlimen Batang Sadong, yang merangkumi DUN Gedong, Simunjan dan Sadong Jaya di sini hari ini.
Katanya, beliau telah berbincang dengan Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain mengenainya dan kerajaan negeri bersetuju menyediakan peruntukan RTP bagi tujuan itu.
"Saya nampak projek jiwa murni ini sangat berkesan untuk menolong rakyat yang tidak mampu membaiki rumah, menyelenggara rumah ibadat dan membersih tanah perkuburan," kata Abang Johari.
Program Jiwa Murni peringkat Batang Sadong membabitkan 21 projek dengan peruntukan RM1.5 juta daripada kerajaan negeri, dan telah mula dilaksanakan pada 15 Feb dan dijangka siap pada akhir April tahun ini.
Terdahulu dalam ucapannya, beliau berkata arah tuju ekonomi dan pelan ekonomi pasca pandemik COVID-19 adalah untuk membuka peluang ekonomi dan pekerjaan bagi rakyat Sarawak.
"Dengan keamanan dan kesejahteraan yang kita nikmati ketika ini hasil daripada perjuangan angkatan tentera dan polis, ia telah membolehkan kerajaan dan rakyat memfokus kepada pembangunan dan ekonomi negeri ini," katanya.
Sementara itu, Zamrose dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana menyediakan peruntukan bagi menjayakan projek yang dirancangkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ADUN Sarawak
#Projek Transformasi Luar Bandar
#RTP
#Abang Johari
#ADUN
#Gedong
#Simunjan
#rakyat Sarawak
#COVID-19
#pilihan raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan