Skip to main content

Malaysia

ADUN Mata Ayer Wan Badariah meninggal dunia

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mata Ayer Wan Badariah Wan Saad meninggal dunia di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di Kangar petang ini. - Gambar fail
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mata Ayer Wan Badariah Wan Saad meninggal dunia di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di Kangar petang ini. - Gambar fail

Advertisement

Ringkasan AI

  • Ahli Dewan Undangan Negeri Mata Ayer, Wan Badariah Wan Saad, meninggal dunia di Hospital Tuanku Fauziah pada jam 4.26 petang.
  • Perkara itu dimaklumkan Ketua Penerangan Pas Perlis, Mohamad Zahid Ibrahim, menerusi hantaran di Facebook Pas Negeri Perlis.
  • Pada PRU15, Wan Badariah menang kerusi Mata Ayer atas tiket Perikatan Nasional dengan majoriti 2,021 undi.
Advertisement

KANGAR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mata Ayer Wan Badariah Wan Saad meninggal dunia di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini petang ini.

Ketua Penerangan Pas Perlis Mohamad Zahid Ibrahim dalam hantaran di Facebook Pas Negeri Perlis memaklumkan Wan Badariah meninggal dunia pada 4.26 petang.

“Marilah kita sama-sama mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh,” katanya.

Advertisement

Mohamad Zahid juga mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Wan Badariah yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) memperoleh 4,419 undi, menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Siti Berenee Yahya (2,398 undi) dan Amran Kamaruddin daripada Pakatan Harapan (PH) (794 undi) dengan majoriti 2,021 undi.

Advertisement

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement