Ahli Dewan Undangan (ADUN) Semenyih, Bakhtiar Mohd Nor, 57 tahun, meninggal dunia pada pukul 4.45 pagi ini di Hospital Kajang, dipercayai akibat serangan jantung.
Perkara ini dimaklumkan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Borhan Aman Shah, dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumah keluarganya di Batu 19, Jalan Sungai Lalang, Kolam Memancing Teratak Tekala, Semenyih.
Jenazah akan disembahyangkan sejurus selepas solat Jumaat di Masjid Kampung Pasir, Semenyih dan disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Pasir.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 lepas, Bakhtiar, mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menang kerusi Semenyih dengan majoriti 8,964 undi mengalahkan Datuk Johan Abd Aziz (Barisan Nasional), Mad Shahmidur Mat Kosim (Pas) dan S. Arutchelvan (PSM).
Allahyarham yang juga Ketua Bahagian Bersatu Hulu Langat memperoleh 23,428 undi.
Astro Awani
Thu Jan 10 2019

Bakhtiar meninggal dunia pada pukul 4.45 pagi di Hospital Kajang, 11 Jan, 2019.

Lumba Kereta | Algeria anjur perlumbaan khas buat wanita
Algeria menjadi tuan rumah edisi kedua perlumbaan kereta wanita antarabangsa. Perlumbaan itu dilangsungkan bermula 25 januari sehingga 30 Januari 2023, melibatkan jarak 1,254 kilometer.

Hubungan Sulit Trump | Panel juri baharu mula dengar keterangan saksi
Pendakwa raya yang terlibat dalam kes bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump telah mendapatkan panel juri baharu bagi mendengar hujahan serta bukti berkenaan dakwaan Trump membuat pembayaran kepada seorang bintang filem lucah, Stormy Daniels bagi menutup mulut daripada mendedahkan hubungan seksual mereka.

Ekstradisi | Banduan Filipina dalang rompakan di Jepun
Kerajaan Jepun meminta agar kerajaan Filipina untuk mengekstradisi empat warganya yang juga banduan di negara itu. Ia selepas mereka didakwa terlibat dalam beberapa siri rompakan di Jepun yang dioperasikan dari penjara.

PNBCAP | Adaptasi iklim urban pertama di Malaysia
Think City menyasarkan sekurang-kurangnya pengurangan 1.5 darjah celsius dalam suhu di kawasan bandar dan lima hingga tujuh darjah Celsius di kawasan tanah tinggi menerusi pelaksanaan Pelan Adaptasi Iklim Semulajadi Pulau Pinang (PNB-CAP). Pengarah Urusannya, Hamdan Abdul Majeed berkata sasaran tersebut dijangka dicapai dalam tempoh enam hingga lapan tahun selepas rancangan.

Perubahan Iklim | Kerajaan Persekutuan tak boleh lawan sendiri
Kerajaan Persekutuan tidak dapat melawan perubahan iklim secara sendiri. Sebaliknya, menurut Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad, usaha tersebut memerlukan penglibatan semua sektor di negara ini termasuk orang awam, sektor swasta serta kerajaan negeri.

Industri Sawit | Malaysia-Indonesia kerjasama tangkis tohmahan EU
Malaysia akan terus menjalinkan kerjasama dengan Indonesia bagi menangkis tohmahan terhadap minyak sawit oleh Kesatuan Eropah (EU). Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata Malaysia dan Indonesia akan membincangkan undang-undang yang melarang penjualan minyak sawit dan komoditi lain yang dikaitkan dengan penebangan hutan.

Pengurusan Banjir | Kerajaan akan bina PPS tetap di sekolah kerap terkesan
Kerajaan akan membina dewan bagi menempatkan pusat pemindahan sementara (PPS) kekal di lokasi sekolah yang sentiasa terkesan banjir. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu akan dilaksana menerusi Smart Partnership antara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan pihak sekolah di seluruh negara.

Lantikan Nurul Izzah | Anwar terima teguran, akan beri penjelasan
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau terbuka menerima setiap teguran dan akan memberikan penjelasan berhubung pelantikan Nurul Izzah selaku Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepadanya. Menegaskan sekali lagi bahawa pelantikan itu dibuat tanpa sebarang bayaran, Perdana Menteri berkata beliau mahu Nurul Izzah memainkan peranan membantu kerajaan, termasuk memastikan ketelusan pentadbiran serta urusan perolehan tender kerajaan, berlaku secara teratur dan mengikut prosedur.

Politik | Tun Faisal sahkan dipecat UMNO
Bekas Timbalan Ketua Bahagian UMNO Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz mengumumkan beliau dipecat keahliannya dalam UMNO setelah hampir dua tahun digantung.

10 Berita Pilihan - (31 Januari 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Penafian Astro AWANI tentang laporan berkaitan bekas ADUN Batang Kali
Imej yang meletakkan gambar dan nama bekas ADUN Batang Kali itu dipercayai dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

5 ADUN UMNO Sabah bakal digantung?
Lima ADUN UMNO Sabah dikatakan bakal digantung keahlian kerana memberikan sokongan terhadap kepimpinan Datuk Seri Hajiji Haji Noor dalam satu siri pergolakan politik di Sabah baru-baru ini.

Tiga ADUN angkat sumpah jawatan Pembantu Menteri Sabah
Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengangkat sumpah jawatan sebagai Pembantu Menteri kerajaan Sabah di Istana Seri Kinabalu hari ini.

Saya jadi saksi Dr Rani insan berhati mulia - Hannah Yeoh
Beliau terkejut selepas mendapat perkhabaran tersebut ketika hari kedua sambutan Tahun Baharu Cina dan bergegas ke Meru, Klang bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Bekas ADUN Meru meninggal dunia
Allahyarham yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu dilaporkan meninggal dunia jam 5 pagi di Hospital Banting.

Mahkamah Tinggi tolak saman empat ADUN Pulau Pinang terhadap DUN dan Speaker
Mahkamah Tinggi menolak saman empat ADUN P. Pinang terhadap DUN negeri itu dan Speakernya Datuk Law Choo Kiang berhubung usul yang dibentang pada Oktober 2020 agar mereka mengosongkan kerusi masing.

Empat MP Sabah tidak perlu kosongkan kerusi
Empat ahli Parlimen daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak perlu mengosongkan kerusi Parlimen yang dimenangi mereka pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

UMNO Sabah belum buat usul mengenai 5 ADUN sokong Hajiji - Bung Moktar
UMNO Sabah belum mengemukakan usul kepada lembaga disiplin parti mengenai tindakan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu menyokong kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Yusof Yacob dilantik sebagai pengerusi Qhazanah Sabah
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob dilantik sebagai Pengerusi Bahagian Pelaburan Kerajaan Negeri, Qhazanah Sabah Bhd berkuat kuasa serta-merta.

Formula baharu Kabinet Sabah perhebat usaha bangunkan negeri - Shahelmey
Gandingan ADUN GRS, BN dan PH dalam jemaah menteri itu juga diharap dapat bekerja dengan lebih berkesan.