PUTRAJAYA: Sebanyak 22 kematian daripada 45 laporan yang diterima Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) melibatkan kematian dalam kalangan penerima vaksin dos penggalak COVID-19 didapati tiada hubung kait dengan vaksin yang diterima.
Pengarah NPRA Dr Roshayati Mohamad Sani berkata rumusan terhadap 22 kematian itu telah dinilai Jawatankuasa Khas Farmakovigilans Vaksin COVID-19 (JFK) manakala 23 laporan kematian lagi sedang dalam proses untuk dilengkapkan sebelum dibentangkan untuk penilaian jawatankuasa itu.
Beliau berkata setakat 25 Feb, NPRA telah menerima 25,445 laporan kesan advers susulan imunisasi (AEFI) vaksin COVID-19 dengan 93 peratus atau 23,682 kes yang dilaporkan adalah kes tidak serius manakala 1,763 laporan pula dikategorikan sebagai AEFI serius.
"Daripada jumlah keseluruhan itu, NPRA menerima 1,275 laporan AEFI melibatkan dos penggalak dengan 90 kes atau 7.06 peratus laporan AEFI itu diklasifikasikan sebagai serius," katanya dalam taklimat bersama media mengenai AEFI vaksin COVID-19 secara maya hari ini.
Dr Roshayati berkata 94 laporan AEFI melibatkan penerima vaksin dalam golongan kanak-kanak lima hingga 11 tahun diterima setakat 25 Feb, dengan hanya dua laporan dikategorikan sebagai serius.
Ia melibatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang mengalami gejala asma teruk yang dirawat di hospital selama dua hari sebelum dibenarkan keluar manakala satu lagi kes melibatkan kanak-kanak lelaki 10 tahun yang mengalami paralisis muka namun semakin pulih.
"Secara keseluruhannya, trend pelaporan AEFI dalam kalangan kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun yang diterima oleh NPRA tidak jauh berbeza dengan apa yang dilaporkan oleh negara rujukan regulatori yang lain," kata Dr Roshayati.
Dalam perkembangan lain, Ketua Seksyen Farmakovigilans, Pusat Komplians dan Kawalan Kualiti NPRA Dr Azuana Ramli berkata individu yang mengalami AEFI vaksin COVID-19 masih boleh melaporkan sendiri kepada NPRA tanpa menunggu pengesahan doktor yang merawat.
Ia berikutan dakwaan terdapat doktor yang tidak mahu mengesahkan bahawa pesakit yang mendapatkan rawatan susulan selepas vaksin COVID-19 mengalami AEFI berkaitan.
"Biarpun doktor yang merawat tidak mengesyaki dan tidak melaporkan AEFI pesakit kepada NPRA, pesakit yang merasakan mereka terkesan akibat vaksin boleh melaporkannya menerusi saluran NPRA," katanya.
Penerima vaksin COVID-19 yang mengalami kesan advers boleh melaporkan AEFI melalui aplikasi MySejahtera bagi kesan tersenarai dalam aplikasi itu dan secara dalam talian dengan mengisi Borang Pelaporan Kesan Sampingan Ubat Untuk Pengguna (ConSERF) menerusi laman sesawang NPRA, www.npra.gov.my.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 02 2022
Individu yang mengalami AEFI vaksin COVID-19 masih boleh melaporkan sendiri kepada NPRA tanpa menunggu pengesahan doktor yang merawat. - Gambar hiasan/ Bernama
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
Peruntukan pembangkang: Terserah Muhyiddin untuk persoal keikhlasan kerajaan - Fadillah
Beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
SPRM akan panggil beberapa lagi individu bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan dakwaan pemalsuan dokumen tuntutan berjumlah RM600,000 melibatkan lima individu termasuk anak seorang Menteri Besar.
Pak Lah stabil, masih perlukan rehat secukupnya
Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), di sini, pada Rabu setelah mengalami small spontaneous pneumothorax.
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab gesa Majlis Keselamatan menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata di Gaza.
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Kes denggi meningkat di Brazil, cabar rancangan vaksinasi
Brazil disahkan mencapai satu juta kes demam denggi pada tahun 2024, dengan 214 kematian.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Gaza: Berpuluh ribu orang diancam penyakit
Ancaman penyakit semakin meningkat di pusat perlindungan sementara di Semenanjung Gaza dengan puluhan ribu orang tinggal dalam keadaan bersesak.
Jakarta laksana pemberian vaksin COVID-19 berbayar mulai 1 Jan
Perkhidmatan Kesihatan DKI Jakarta akan melaksanakan vaksinasi COVID-19 berbayar mulai 1 Jan 2024.
COVID-19: 'Masyarakat hanya sedar apabila ada ahli keluarga meninggal dunia'
Dr Farhan mengingatkan orang ramai agar tidak mementingkan percutian atau hadir ke majlis keramaian sekiranya mengalami simptom COVID-19.
Perhebat kembali pesanan awam, tangani maklumat salah vaksin COVID-19
Lebih tujuh bulan selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan COVID-19 bukan lagi kecemasan kesihatan awam yang menjadi kepentingan antarabangsa, walaupun kekal sebagai ancaman global, Mala
MOSTI perkukuh ekosistem vaksin negara, persediaan hadapi pandemik
Perbincangan diadakan antara lain untuk memastikan latihan berkaitan penghasilan vaksin manusia turut melibatkan pihak berkepentingan lain.
Kerajaan sasar 40,000 haiwan peliharaan di Sarawak divaksin antirabies tahun ini
Chan berkata, setakat 7 Sept lepas, sebanyak 27,668 haiwan peliharaan di negeri itu berjaya divaksin.
Suruhanjaya Eropah luluskan vaksin COVID-19 versi terkini
Suruhanjaya Eropah sudah meluluskan versi terkini vaksin COVID-19 yang dibangunkan oleh BioNTech-Pfizer.
Batuk Kokol: "Jangkitan bertoksin, boleh sebabkan antibiotik kurang berkesan" - Pakar Kesihatan Awam
Jangkitan batuk kokol berbeza dengan jangkitan lain memandangkan bakteria punca penyakit tersebut mengeluarkan toksin pada sel saluran pernafasan.