awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MB Perlis dibenarkan keluar hospital
Jumlah bayi lahir hidup di Filipina merosot kepada sekitar 1.36 juta pada 2024
Tiga kanak-kanak, seorang dewasa parah dalam letupan berhampiran Paris
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aerotrain KLIA jalani pemeriksaan harian tingkat keselamatan, kecekapan

Bernama
Bernama
07/11/2025
22:20 MYT
Aerotrain KLIA jalani pemeriksaan harian tingkat keselamatan, kecekapan
Perkhidmatan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan menjalani pemeriksaan dan kerja pembaikan dari 12 tengah malam hingga 5 pagi setiap hari. - Gambar fail/BERNAMA
SEPANG: Perkhidmatan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan menjalani pemeriksaan dan kerja pembaikan dari 12 tengah malam hingga 5 pagi setiap hari, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan bagi meningkatkan keselamatan, kecekapan serta keselesaan penumpang.
Menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat, KLIA memaklumkan, sepanjang tempoh berkenaan, perkhidmatan bas ulang-alik akan beroperasi sepenuhnya bagi memastikan pergerakan penumpang antara terminal tidak terjejas.
"Langkah ini adalah sebahagian daripada komitmen berterusan kami untuk mengekalkan ketersambungan lapangan terbang yang selamat, efisien dan selesa," menurut kenyataan itu.
Perkhidmatan Aerotrain KLIA digantung pada Mac 2023 untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan susulan mengalami kerosakan.
Perkhidmatan tren moden tanpa pemandu itu disambung semula sepenuhnya pada 1 Julai tahun ini, selepas melalui kerja-kerja naik taraf bernilai RM456 juta, yang merupakan sebahagian daripada inisiatif transformasi bernilai RM742 juta oleh Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) bagi mengukuhkan kedudukan KLIA sebagai hab penerbangan serantau terkemuka.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#aerotrain
#KLIA
#pemeriksaan harian
#keselamatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan