awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aerotrain KLIA kembali beroperasi 24 jam, selepas penyelenggaraan dua minggu

Bernama
Bernama
03/09/2025
05:50 MYT
Aerotrain KLIA kembali beroperasi 24 jam, selepas penyelenggaraan dua minggu
Perkhidmatan aerotrain di KLIA kembali beroperasi 24 jam setiap hari. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Perkhidmatan aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kembali beroperasi 24 jam selepas selesai kerja-kerja penyelenggaraan berjadual, menurut Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

Ringkasan AI
  • Perkhidmatan aerotrain di KLIA kembali beroperasi 24 jam selepas selesai kerja penyelenggaraan berjadual dari 18 hingga 31 Ogos yang dijalankan antara 12 tengah malam hingga 5 pagi.
  • Sepanjang tempoh penyelenggaraan, bas ulang-alik digunakan bagi memastikan perjalanan penumpang antara terminal utama dan bangunan satelit berjalan lancar.
  • Penambahbaikan melibatkan ujian perisian isyarat oleh kontraktor Alstom bertujuan meningkatkan kebolehpercayaan sistem aerotrain berdasarkan data operasi sejak pelancarannya pada 1 Julai 2025.

Pengarah Urusannya, Datuk Mohd Izani Ghani dalam kenyataan berkata kerja-kerja penyelenggaraan dari 18 hingga 31 Ogos itu telah dijalankan antara 12 tengah malam dan 5 pagi setiap hari tanpa menjejaskan pergerakan penumpang.
Katanya bas ulang-alik telah memastikan perjalanan lancar antara bangunan terminal utama dan bangunan satelit sepanjang tempoh tersebut.
Mohd Izani berkata langkah itu dijalankan untuk menambah baik responsif dan kebolehpercayaan sistem itu berdasarkan data operasi yang dikumpul sejak pelancaran aerotrain pada 1 Julai 2025.
Katanya kontraktor Alstom turut menguji perisian isyarat aerotrain yang terkini semasa kerja-kerja penyelenggaraan berjadual itu.
"Aerotrain merupakan penghubung penting dalam operasi KLIA dan kumpulan komited untuk memastikan kebolehpercayaannya. Siapnya kerja-kerja berjadual ini mencerminkan fokus kami terhadap kecemerlangan perkhidmatan dan memastikan pengalaman perjalanan yang lancar di lapangan terbang.
"Kami akan terus melabur dalam infrastruktur yang menyediakan tahap kebolehpercayaan, keselamatan dan keselesaan yang lebih baik untuk semua penumpang," katanya.
Malaysia Airports mengendalikan 39 lapangan terbang di Malaysia dan satu lapangan terbang antarabangsa di Istanbul, Turkiye. KLIA, sebagai lapangan terbang utama syarikat, antara hab penerbangan pilihan di rantau ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aerotrain KLIA
#MAHB
#waktu operasi
#penyelenggaraan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan