AFA - Ketelusan dalam kos tenaga dan manfaat kepada pengguna

TNB melakasanakan Mekanisme Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA) yang menawarkan rebat berterusan terus bertujuan untuk membantu mengurangkan beban isi rumah. -Foto Facebook TNB CareLine
KUALA LUMPUR: Pendekatan baharu dalam memastikan bekalan tenaga negara yang lebih adil, telus dan berdaya tahan memberi keutamaan kepada kesejahteraan rakyat untuk jangka panjang.
Ringkasan AI
- Mekanisme Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA), rebat berterusan terus membantu mengurangkan beban isi rumah. Sejak diperkenalkan, pelanggan telah menikmati penjimatan kolektif melebihi RM250 juta dalam bil elektrik.
- AFA adalah mekanisme yang mencerminkan harga pasaran bahan api dan kadar pertukaran wang asing. Pengisytiharan kadar AFA (dalam unit sen/kWj) adalah berdasarkan pengesahan oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) atau pemakluman rasmi melalui keputusan Menteri. Kadar AFA boleh diisytiharkan sebagai rebat atau surcaj, bergantung pada harga bahan api global serta kadar pertukaran matawang asing.
- Untuk rujukan semasa, AFA pada bulan Disember mencatatkan rebat 6.42 sen/kWh yang memberikan penjimatan ketara terutamanya kepada pelanggan bukan domestik. Pendekatan bulanan ini memastikan bil elektrik yang diterima lebih selaras dengan kos sebenar pembekalan tenaga pada bulan tersebut.
Melalui mekanisme seperti Mekanisme Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA), rebat berterusan terus membantu mengurangkan beban isi rumah.
Sejak diperkenalkan, pelanggan telah menikmati penjimatan kolektif melebihi RM250 juta dalam bil elektrik.
AFA adalah mekanisme yang mencerminkan harga pasaran bahan api dan kadar pertukaran wang asing. Pengisytiharan kadar AFA (dalam unit sen/kWj) adalah berdasarkan pengesahan oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) atau pemakluman rasmi melalui keputusan Menteri.
Kadar AFA boleh diisytiharkan sebagai rebat atau surcaj, bergantung pada harga bahan api global serta kadar pertukaran mata wang asing.
Untuk rujukan semasa, AFA pada bulan Disember mencatatkan rebat 6.42 sen/kWh yang memberikan penjimatan ketara terutamanya kepada pelanggan bukan domestik.
Pendekatan bulanan ini memastikan bil elektrik yang diterima lebih selaras dengan kos sebenar pembekalan tenaga pada bulan tersebut.
Kadar ini turut diumumkan lebih awal bagi membolehkan pengguna memahami jangkaan perubahan pada bil elektrik mereka iaitu sama ada mereka akan menerima rebat atau akan dikenakan surcaj, sekali gus meningkatkan ketelusan dalam struktur tarif.

Pelanggan boleh menyemak rebat atau surcaj AFA bulanan melalui portal myTNB dan melihat ramalan kadar tiga bulan untuk merancang penggunaan elektrik mereka.
AFA hanya terpakai kepada isi rumah yang menggunakan lebih 600 kWh sebulan, serta semua pelanggan bukan domestik.
Bagi isi rumah dengan penggunaan 600 kWh ke bawah, perubahan AFA tidak menjejaskan bil kerana kumpulan ini dilindungi sepenuhnya daripada turun naik kos bahan api.
AFA ialah komponen dalam bil elektrik yang menunjukkan dengan jelas bagaimana perubahan harga arang batu, gas asli atau diesel di pasaran global mempengaruhi kos penjanaan elektrik.
Sama seperti mekanisme “harga apungan bahan api” bagi petrol, AFA bergerak seiring dengan turun naik harga bahan api di pasaran.
Apabila harga bahan api menurun, nilai AFA menjadi negatif, dan pengguna menerima rebat. Sebaliknya, apabila harga bahan api meningkat, nilai AFA menjadi positif, dan surcaj dikenakan.
Justeru, perubahan bil elektrik setiap bulan bukanlah peningkatan kadar asas tarif, tetapi cerminan langsung kos pasaran yang berubah-ubah.
Mekanisme ini bukan untuk membebankan pelanggan, tetapi membina ketelusan jangka panjang sambil memastikan bekalan elektrik kekal stabil dan menyokong peralihan tenaga bersih negara.
Pelanggan boleh menyemak rebat atau surcaj AFA bulanan melalui portal myTNB dan melihat ramalan kadar tiga bulan untuk merancang penggunaan elektrik mereka.
Layari: www.mytnb.com.my/tariff untuk semakan AFA bulanan dan ramalan terkini.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


