awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
Perolehan projek tentera : Beberapa syarikat terpilih 'dominasi' projek bernilai tinggi - SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AFCON: Mesir dedah Salah berdegil abai permintaan x-ray Liverpool

Astro Arena
Astro Arena
06/06/2022
23:47 MYT
AFCON: Mesir dedah Salah berdegil abai permintaan x-ray Liverpool
Mohamed Salah (kiri) berebut bola dengan pemain lawan Issiaga Sylla ketika perlawanan kelayakan AFCON kumpulan D antara Mesir dan Guinea di Cairo International Stadium di Kahirah, Mesir, 5 Jun 2022. (Foto AP)
PENGURUS Mesir, Ehab Galal, mendedahkan bahawa bintang Liverpool, Mohamed Salah, telah bermain dalam kecederaan ketika negaranya meraih kemenangan 1-0 ke atas Guinea, semalam.
Salah beraksi sepanjang perlawanan kelayakan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) itu yang menyaksikan The Pharaohs menang menerusi gol lewat Mostafa Mohamed.
Selepas perlawanan pertamanya mengendalikan Mesir sejak mengambil alih daripada Carlos Queiroz, Galal menjelaskan Liverpool pernah meminta Salah menjalani x-ray terlebih dahulu sebaliknya pemain itu sendiri yang menolaknya.
"Salah mengalami kecederaan dan menanggungnya ketika beraksi," katanya kepada KingFut.
"Dia menolak permintaan Liverpool untuk menjalani x-ray sebelum perlawanan ini dan sekarang dia akan menjalaninya."
Mesir akan menentang Ethiopia (Jumaat ini) dalam satu lagi perlawanan kelayakan AFCON sebelum mengadakan perlawanan persahabatan menentang Korea Selatan, Selasa depan.
Topic Berkaitan
#Liverpool
#Mohamed Salah
#pengurus Mesir
#Guinea
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan