awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AGC akan bantah permohonan Bersatu supaya empat kerusi Parlimen Sabah dikosongkan

Bernama
Bernama
01/06/2023
07:59 MYT
AGC akan bantah permohonan Bersatu supaya empat kerusi Parlimen Sabah dikosongkan
AGC akan membuat bantahan tersebut pada pendengaran permohonan kebenaran semakan kehakiman 29 Ogos ini di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Amarjeet Singh. - Fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara (AGC) akan membantah permohonan parti Bersatu untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman terhadap Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul dan empat ahli Parlimen di Sabah.
Bersatu memfailkan tindakan undang-undang memohon supaya Johari mengosongkan empat kerusi Parlimen di negeri berkenaan.
Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambaly yang mewakili AGC berkata pihaknya akan membuat bantahan tersebut pada pendengaran permohonan kebenaran semakan kehakiman 29 Ogos ini di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Amarjeet Singh.
"Tarikh pendengaran tersebut telah ditetapkan pada pengurusan kes secara dalam talian di hadapan Timbalan Pendaftar Firdaus Sidqi Sharil Azli hari ini," katanya ketika dihubungi.
Peguam Chetan Jethwani mewakili Bersatu ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.
Permohonan kebenaran semakan kehakiman difailkan Naib Presiden Bersatu Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan Datuk Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya selaku pegawai awam pertubuhan parti itu pada 17 April lepas.
Parti itu yang bertindak sebagai pemohon menamakan Johari serta empat Ahli Parlimen terlibat iaitu Datuk Armizan Mohd Ali (Papar), Khairul Firdaus Akbar Khan (Batu Sapi), Datuk Jonathan Yasin (Ranau) dan Datuk Matbali Musah (Sipitang) sebagai responden pertama hingga kelima.
Dalam permohonan itu, parti berkenaan memohon suatu perintah untuk membatalkan keputusan Johari melalui surat bertarikh 16 Jan lepas yang menyatakan responden kedua hingga kelima telah memberi penjelasan dan mengesahkan bahawa tiada berlakunya kekosongan kerusi Parlimen berkenaan berdasarkan tafsiran Perlembagaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Perlembagaan Bersatu.
Bersatu juga memohon satu deklarasi bahawa empat ahli Parlimen itu telah berhenti menjadi ahli Dewan Rakyat mengikut Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan, selain perintah supaya Johari mengesahkan berlakunya kekosongan luar jangka bagi semua kerusi Parlimen berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Peguam Negara
#Bersatu
#Johari Abdul
#Ahli Parlimen Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan