KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini membantah permohonan kebenaran semakan kehakiman bekas isteri ahli perniagaan terkenal Datuk SM Faisal SM Nasimuddin Kamal berhubung bidang kuasa Mahkamah Syariah Kuala Lumpur memulakan prosiding komital terhadapnya.
Prosiding komital terhadap Emilia Hanafi, 43, itu berhubung tindakannya melanggar perintah mahkamah mengenai hak lawatan SM Faisal antaranya membabitkan hak bermalam dan lokasi untuk bekas suaminya itu mengambil tiga anaknya.
Peguam Persekutuan Mohammad Sallehuddin Md Ali yang mewakili AGC berkata bantahan itu dibuat atas alasan prosiding komital tersebut di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah dan tidak tertakluk kepada semakan kehakiman, berdasarkan Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan.
Peguam Nizam Bashir Abdul Kariem Bashir yang mewakili Emilia pula berhujah Perkara 126 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa kuasa untuk memulakan prosiding komital adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi.
Nizam Bashir berkata Mahkamah Syariah Kuala Lumpur tidak boleh mendengar prosiding komital yang dikenakan terhadap anak guamnya kerana wanita itu tidak lagi bermastautin di Wilayah Persekutuan dan kini tinggal di Kajang, Selangor.
Sementara itu, peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili SM Faisal dan ibunya, Puan Sri Zaleha Ismail yang turut dinamakan sebagai responden berkata semasa prosiding komital bermula, SM Faisal dan Emilia tinggal di Kuala Lumpur dan wanita itu berpindah ke Selangor hanya selepas kes itu bermula.
Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid menetapkan 30 Ogos untuk keputusan permohonan tersebut.
Beliau turut menolak permohonan Emilia untuk menggantung prosiding komital yang masih berjalan di Mahkamah Tinggi Syariah.
Selain SM Faisal dan Zaleha, turut dinamakan sebagai responden ialah Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur dan Kerajaan Malaysia.
Berdasarkan permohonan semakan kehakiman, Emilia tidak tinggal atau bermastautin di Wilayah Persekutuan dan semasa prosiding hadhanah difailkan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur pada 23 Julai 2018, beliau tinggal atau bermastautin di Kajang.
Beliau berkata Seksyen 4 Akta Undang-Undang Keluarga (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 adalah terpakai untuk semua orang Islam yang tinggal dalam Wilayah Persekutuan dan yang bermastautin dalam Wilayah Persekutuan tetapi tinggal di luar Wilayah Persekutuan.
Emilia memohon deklarasi bahawa Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur tidak memiliki bidang kuasa untuk mendengar serta menghukum mana-mana individu yang menghina mahkamah sebaliknya bidang kuasa itu adalah hak eksklusif mahkamah sivil di peringkat Mahkamah Persekutuan, Rayuan dan Tinggi, menurut Perkara 126 Perlembagaan Persekutuan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 10 2022
Hakim turut menolak permohonan Emilia untuk menggantung prosiding komital yang masih berjalan di Mahkamah Tinggi Syariah. - Gambar fail/ Bernama
Niaga AWANI: Lancar stesen pengisian semula eco, yang pertama seumpamanya
Jenama pembersihan rumah mesra alam dari Lam Soon, Bio-Home, melancarkan stesen pengisian semula eco pertama, menandakan langkah penting komitmen dalam menangani isu sisa plastik.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Nestle nafi tambah gula dalam produk makanan bayi di negara pendapatan rendah
Pengeluar makanan Switzerland, Nestle pada Khamis menolak tuduhan sebuah NGO bahawa ia menambah gula kepada produk di negara membangun dan tanpa gula di pasaran Eropah.
MUDA dan PSM umum tidak bertanding
Parti Muda dan PSM umum tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei depan.
18 negara tuntut pembebasan warga ditahan Hamas
Pemimpin 18 negara menuntut agar Hamas membebaskan tahanan yang berada dalam jagaan mereka yang kini telah melepasi 200 hari.
Rampasan dadah bernilai RM10.1 juta dari Januari hingga Mac
Polis Kuala Lumpur rampas pelbagai jenis dadah bernilai RM10.1 juta sepanjang tiga bulan pertama tahun ini.
SPR lakukan persiapan akhir
SPR giat melakukan persiapan akhir bagi memastikan proses penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu esok berjalan lancar.
Jemaah haji dilengkapi IPS, mudahkan pemberian rawatan
Jemaah haji tahun ini akan dilengkapi dengan International Patient Summary (IPS) melalui aplikasi MySejahtera.
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City | DagangNews
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Ada kesan lebam pada tangan, mata Emilia masa buat laporan polis - Saksi
Emilia juga dilihat menangis dan memberitahu, dia telah dicekik di bahagian leher selain dipukul.
AGC bantah permohonan bekas isteri SM Faisal cabar prosiding komital di Mahkamah Syariah
AGC membantah permohonan kebenaran semakan kehakiman bekas isteri SM Faisal berhubung bidang kuasa Mahkamah Syariah Kuala Lumpur memulakan prosiding komital terhadapnya.
Adik Emilia dakwa hantar surat kepada Istana Negara
Ezhan Hanafi berkata, surat tersebut dikemukakan sendiri olehnya tiga bulan lalu.
Bekas isteri SM Faisal jalani hukuman 7 hari di Penjara Wanita Kajang
Hukuman penjara itu berkuat kuasa hari ini selepas Emilia Hanafi hadir di Mahkamah Syariah dan menyerah diri.