awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
Bekas Presiden PPP S.I. Rajah meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AGC fail notis usul, mahu rayu keputusan kes Titah Adendum ke Mahkamah Persekutuan

Firdaus Azil
Firdaus Azil
05/02/2025
08:40 MYT
AGC fail notis usul, mahu rayu keputusan kes Titah Adendum ke Mahkamah Persekutuan
Notis itu berdasarkan premis percanggahan dalam tafsiran undang-undang, dan kepentingan isu undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan.- Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Jabatan Peguam Negara (AGC) telah memfailkan notis usul memohon kebenaran untuk merayu di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes berkaitan isu Titah Adendum.

Ringkasan AI
  • Jabatan Peguam Negara (AGC) memfailkan notis usul untuk merayu di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan mengenai isu Titah Adendum, untuk melaksanakan haknya di sisi undang-undang.
  • Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendapat kebenaran untuk memulakan prosiding semakan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung penolakan permohonannya untuk menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.
  • Penghakiman majoriti 2-1 oleh Mahkamah Rayuan membenarkan Najib mengemukakan bukti tambahan untuk menyokong permohonan semakan kehakimannya, termasuk surat daripada Majlis Kesultanan Pahang yang mengesahkan kewujudan Titah Adendum.

Dalam satu kenyataan pada Rabu, AGC berkata, keputusan tersebut dibuat bagi melaksanakan haknya di sisi undang-undang.
Tambahnya lagi, langkah tersebut dibuat berdasarkan beberapa premis penting, termasuk percanggahan dalam tafsiran undang-undang, dan kepentingan isu undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan.
“Terdapat percanggahan pandangan antara keputusan Mahkamah Tinggi dan penghakiman majoriti serta minoriti di Mahkamah Rayuan. Perkara ini menimbulkan keperluan untuk mendapatkan kepastian dan undang-undang yang jelas daripada Mahkamah Persekutuan.
“Isu yang dibangkitkan melibatkan persoalan undang-undang yang signifikan serta mempunyai kepentingan awam yang wajar dibicarakan dan diputuskan oleh Mahkamah tertinggi negara,” menurut jabatan itu lagi.
AGC berkata, pihaknya percaya langkah itu bukan sahaja penting untuk memastikan keadilan dalam kes tersebut, tetapi juga bagi menegakkan prinsip keluhuran perlembagaan dan undang-undang, serta memperjelas tafsiran undang-undang bagi manfaat semua pihak.
Pada 6 Januari lepas, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berjaya mendapat kebenaran untuk memulakan prosiding semakan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung penolakan permohonannya untuk menjalani baki hukuman penjara enam tahun di bawah tahanan rumah.
Semakan kehakiman itu adalah satu perintah untuk memaksa kerajaan atau enam pihak lain menjawab dan mengesahkan kewujudan Titah Adendum pada Januari tahun lalu.
Keputusan berkenaan dicapai melalui penghakiman majoriti 2-1 oleh Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Azhahari Kamal Ramli dan Datuk Seri Mohd Firuz Jaffril, dengan Hakim Datuk Azizah Nawawi memberikan keputusan berbeza.
Penghakiman majoriti itu juga membenarkan permohonan Najib untuk mengemukakan bukti tambahan iaitu surat daripada Majlis Kesultanan Pahang kepada anaknya, Mohamad Nizar yang mengesahkan kewujudan Titah Adendum, bagi menyokong permohonan semakan kehakimannya itu.
Topic Berkaitan
#Jabatan Peguam Negara
#Titah Adendum
#Mahkamah Persekutuan
#Najib Razak
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan