awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AGC tolak representasi penulis blog 'Sang Kelembai'

Bernama
Bernama
19/07/2024
08:42 MYT
AGC tolak representasi penulis blog 'Sang Kelembai'
Datuk Abd Zarin Mohd Yasin, 72, telah menyerahkan representasi berkenaan kepada AGC pada Mei lepas. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak representasi yang dikemukakan penulis blog Sang Kelembai" untuk menggugurkan pertuduhan membuat dan memulakan hantaran jelik mengenai urusan pembelian vaksin menerusi laman Facebook.
Timbalan Pendakwa Raya Nurilya Ellyna Nor Azmal memaklumkan kepada Hakim Mahkamah Sesyen Siti Aminah Ghazali bahawa penulis blog itu, Datuk Abd Zarin Mohd Yasin, 72, telah menyerahkan representasi berkenaan kepada AGC pada Mei lepas.
"Representasi itu telah ditolak dan perkara tersebut telah dimaklumkan kepada pihak pembelaan menerusi e-mel.
"Kes ini juga telah ditetapkan untuk perbicaraan pada 12 Ogos dan pihak pendakwaan memohon supaya tarikh perbicaraan itu dikekalkan," kata Nurilya Ellyna.
Sementara itu, peguam Mohd Shamril Afzan yang mewakili Abd Zarin mengesahkan perkara itu.
Bekas Setiausaha UMNO Bahagian Bandar Tun Razak itu didakwa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain menerusi aplikasi Facebook "Zaharin Mohamad Yasin", pada 2.03 pagi, 21 Dis 2020.
Hantaran itu dibaca di Kementerian Kesihatan, Putrajaya pada 3 petang, 22 Dis 2020.
Pertuduhan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sang Kelembai
#komunikasi jelik
#kes mahkamah
#vaksin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan