SEOUL: Agensi kastam Korea Selatan pada Khamis berkata pihaknya bersetuju untuk bekerjasama memerangi pengedaran dadah dengan negara Asia-Pasifik di tengah-tengah kebimbangan yang semakin meningkat terrhadap penyalahgunaan narkotik, lapor Yonhap.
Perjanjian dengan 17 negara itu termasuk Jepun, Australia dan Thailand, dicapai sempena minggu K-Customs selama tiga hari di sini, menurut Perkhidmatan Kastam Korea (KCS).
"Kami, wakil kastam bersama-sama memutuskan untuk meningkatkan tahap komunikasi dalam kalangan pihak berkuasa kastam, melalui penglibatan bersemuka bagi menyediakan perkhidmatan pentadbiran yang lancar dan perkongsian maklumat memandangkan kes rampasan dadah tertakluk kepada undang-undang domestik," menurut kenyataan bersama itu.
Negara yang mengambil bahagian juga berkongsi konsensus bahawa aktiviti perdagangan dadah dikaitkan dengan "aktiviti jenayah transnasional lain termasuk pengubahan wang haram dan penyeludupan senjata," dengan pelaku boleh menimbulkan ancaman politik dan keselamatan yang serius kepada rantau ini.
Pada 2022, Seoul menjalankan operasi bersama 17 negara untuk membasmi perdagangan haram di rantau ini yang menyumbang kepada rampaan dadah seberat 88.6 kilogram di Korea Selatan.
Tahun lepas, KCS juga mengesan percubaan penyeludupan dadah seberat 624 kilogram, dengan 87 peratus berasal dari rantau Asia Pasifik.
"Kerjasama antara agensi kastam penting untuk membasmi penyeludupan dadah di sempadan," kata Pesuruhjaya KCS Yoon Tae-sik. Melalui pengisytiharan bersama itu, pihak berkuasa kastam Asia-Pasifik wajar menumpukan usaha untuk menjadikan rantau ini bebas dadah.
Di luar acara itu, Yoon turut mengadakan dialog berasingan dengan wakil 22 negara dan empat organisasi lain termasuk Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Dadah dan Jenayah dan Kawasan Perdagangan Bebas Benua Afrika.
--BERNAMA-YONHAP
Bernama
Thu Apr 27 2023
Pada 2022, Seoul menjalankan operasi bersama 17 negara untuk membasmi perdagangan haram di rantau ini yang menyumbang kepada rampaan dadah seberat 88.6 kilogram di Korea Selatan. - Gambar hiasan
IPEF: Lebih AS$23 bilion potensi projek dikenal pasti - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata perjanjian itu mewujudkan mekanisme baharu untuk rakan kongsi IPEF membangunkan serta menyertai Program Kerja Bersama (CWP).
Jodoh Cheng Hoe bersama kelab Thailand berakhir
Kelab itu dilaporkan mahu mencari pengendali tempatan, menyaksikan jodoh Cheng Hoe bersamanya hanya bertahan kira-kira separuh musim sahaja.
Sekretariat ASEAN sedia sokong sepenuhnya Malaysia sebagai pengerusi ASEAN
Malaysia akan mengambil alih jawatan pengerusi ASEAN daripada Laos tahun depan.
Doktor ditahan dipercayai terbabit kes cabul remaja perempuan
Mangsa mengatakan telah diganggu secara seksual oleh seorang lelaki dipercayai doktor semasa mendapatkan rawatan di hospital.
Lelaki tempatan lemas tergelincir ketika memancing di Kampung Padang Jawa
Mayat mangsa dijumpai oleh anggota bomba dan penyelamat Seksyen 15 dalam jarak 15 meter dari lokasi kejadian pada jam 7.15 malam.
Terbuka Indonesia: Zii Jia tempah tiket suku akhir bertemu Kunlavut
Pada aksi di Istora Senayan itu, Zii Jia diberi tentangan hebat sebelum terpaksa akur tewas 20-22 di set pertama.
Malaysia raih manfaat daripada enam dekad pelaburan Jepun - Johari
Johari yang mengetuai delegasi Parlimen Malaysia dalam rangka lawatan rasmi lima hari ke Negara Matahari Terbit bermula Isnin.
PM Anwar mahu bank digital bantu tingkatkan transaksi e-pembayaran
Beliau berkata terdapat peningkatan transaksi e-pembayaran sejak 2011 namun angkanya dilihat masih rendah.
Hujan lebat: Dua daerah di Perak dilanda banjir kilat
Banjir kilat itu turut menyebabkan beberapa buah rumah terjejas teruk dan dinaiki air.
Malaysia seri 1-1 dengan Kyrgyzstan pada kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027
Malaysia seri 1-1 dengan Kyrgyzstan pada aksi Kumpulan D pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Bishkek.
Agensi kastam Korea Selatan tangani penyeludupan dadah bersama negara Asia-Pasifik
Perjanjian dengan 17 negara itu termasuk Jepun, Australia dan Thailand, dicapai sempena minggu K-Customs selama tiga hari.