awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki tempatan lemas tergelincir ketika memancing di Kampung Padang Jawa

Bernama
Bernama
06/06/2024
22:00 MYT
Lelaki tempatan lemas tergelincir ketika memancing di Kampung Padang Jawa
Siasatan awal mendapati lelaki itu tergelincir ketika hendak naik dari tempat memancing bersama rakannya sebelum terjatuh ke dalam sungai. - Gambar hiasan
SHAH ALAM: Seorang lelaki tempatan ditemukan lemas selepas dipercayai tergelincir dan jatuh ke dalam sungai ketika memancing di kawasan sebuah kunci air di Kampung Padang Jawa, Seksyen 16, di sini petang tadi.
Mayat mangsa berusia 26 tahun itu dijumpai oleh anggota bomba dan penyelamat Seksyen 15 dalam jarak 15 meter dari lokasi kejadian pada jam 7.15 malam.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim dalam kenyataan malam tadi berkata siasatan awal mendapati lelaki itu tergelincir ketika hendak naik dari tempat memancing bersama rakannya sebelum terjatuh ke dalam sungai.
Katanya mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang bagi proses bedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata operasi menyelamat lelaki tersebut dijalankan setelah mendapat panggilan berhubung kejadian berkenaan pada jam 5.29 petang.
Katanya Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Bomba berjaya menemukan jasad lelaki berkenaan selepas hampir dua jam pencarian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lemas
#Memancing
#Kampung Padang Jawa
#jatuh dalam sungai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan