awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agensi Macau selar dakwaan SPRM mengenai Jho Low

Sinar Harian
Sinar Harian
02/06/2023
11:45 MYT
Agensi Macau selar dakwaan SPRM mengenai Jho Low
GSS menegaskan, mereka tetap dengan pendirian dibuat pada 2020 iaitu menafikan Jho Low sedang 'menyorok' di Macau. - Fail
SHAH ALAM: Sebuah agensi keselamatan Macau menyelar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mendakwa ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low ketika ini bersembunyi di rantau itu.
Pejabat Setiausaha Keselamatan Macau (GSS) berkata, pihaknya terperanjat dan terkejut dengan tuduhan berkenaan.
“Sekiranya laporan itu benar, agensi penguat kuasa undang-undang yang berkaitan di negara itu memilih untuk tidak mengesahkan keadaan dan mendapatkan bantuan melalui saluran (yang betul) bagi kerjasama polis antarabangsa atau bantuan undang-undang bagi hal jenayah.
"Sebaliknya, mereka mengeluarkan maklumat yang tidak disahkan secara unilateral (sebelah pihak sahaja'). Tindakan sedemikian benar-benar melanggar peraturan dan norma kerjasama polis antarabangsa dan bantuan undang-undang mengenai perkara jenayah," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Pada Selasa lalu, Al Jazeera yang memetik seorang jurucakap SPRM berkata, Jho Low dan beberapa individu yang dikehendaki berhubung skandal 1MDB kini dipercayai sedang berada di Macau.
Laporan agensi berita berpangkalan di Doha itu disahkan oleh beberapa individu yang pernah melihat ahli perniagaan yang dikehendaki pihak berkuasa beberapa negara tersebut di Macau.
Mengulas lanjut, GSS menegaskan, mereka tetap dengan pendirian dibuat pada 2020 iaitu menafikan Jho Low sedang 'menyorok' di Macau.
Menurutnya, polis Macau dilarang undang-undang daripada mendedahkan sebarang maklumat kepada orang ramai berhubung penglibatan individu tertentu dalam kes itu.
“Ini adalah pematuhan yang perlu kepada status Macau sebagai bandar antarabangsa dan masyarakat yang dikawal oleh kedaulatan undang-undang.
"Penting untuk ditekankan bahawa polis Macau sentiasa mematuhi undang-undang dan prosedur dengan tegas semasa terlibat dalam kerjasama polis dengan semua negara dan wilayah mengikut amalan antarabangsa yang berkaitan,'' jelasnya. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Jho Low
#Macau
#SPRM
#1MDB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan