KOTA KINABALU: Masalah infastruktur seperti bekalan air, jalan raya dan bencana banjir perlu ditangani secara tuntas selaran titah Yang di-Pertuan Agong berhubung isu kualiti infrastruktur asas di Sabah.
Sehubungan itu, Ahli Parlimen Sepanggar, Mustapha Sakmud menggesa agar kementerian, jabatan serta agensi Persekutuan memberi perhatian serius terhadap masalah infrastruktur di Parlimen tersebut.
"Baginda (sewaktu bertitah) juga menambah betapa pentingnya infrastruktur asas berkualiti dan perhubungan akses luar bandar wajar diberi perhatian.
"Parlimen Sepanggar yang terdiri daripada kawasan bandar dan luar bandar sememangnya amat memerlukan infrastruktur asas dan jaringan jalanraya. Krisis air dan banjir yang melanda hampir setiap minggu memang menghambat kehidupan majoriti rakyat di Sepanggar.
"Mewakili warga Sepanggar kami menyokong penuh saranan titah Yang Di Pertuan Agong dan memohon agar kementerian dan jabatan serta agensi berkaitan diperingkat Persekutuan dan negeri dapat memberi perhatian serius dengan isu-isu rakyat ini," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Mustapha menambah, inisiatif awal pejabat parlimen menyemak status pelaksanaan projek infrastruktur di Sepanggar melalui taklimat daripada kementerian dan jabatan bertanggungjawab tidak berjaya memberikan jawapan yang memuaskan.
Justeru, beliau berkata satu mesyuarat koordinasi antara Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di kawasan itu perlu diadakan bagi mencari penyelesaian jangka panjang kepada isu air, jalan raya, dan bencana banjir.
"Sebagai langkah seterusnya kami memohon agar diadakan mesyuarat koordinasi antara ahli-ahli Parlimen dan DUN untuk kita sama-sama saling membantu dalam mencari solusi jangka pendek dan panjang untuk mengatasi krisis air, kesesakan trafik dan banjir kilat di kawasan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu khususnya Parlimen Sepanggar," tambah Mustapha.
Abdul Hafiz Mustadi
Tue Feb 14 2023
Ahli Parlimen Sepanggar, Mustapha Sakmud menggesa agar kementerian, jabatan serta agensi Persekutuan memberi perhatian serius terhadap masalah infrastruktur di Parlimen tersebut.
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
Terpaksa batal tujuh projek PR1MA Pahang
Keputusan terpaksa diambil ekoran masalah infrastruktur seperti kos pengambilan tanah yang tinggi dan cadangan lokasi didapati tidak strategik.