awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
Inkues Zara Qairina: Ibu Pelajar A sebak, dakwa anak masih digelar ‘pembunuh’ di sekolah baharu
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong berangkat pulang ke tanah air, akhiri lawatan di Rusia

Astro Awani
Astro Awani
10/08/2025
10:45 MYT
Agong berangkat pulang ke tanah air, akhiri lawatan di Rusia
Seri Paduka berlepas pulang ke Malaysia dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kazan pada pukul 11.08 pagi, Ahad. - Foto Jabatan Penerangan
KAZAN: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berangkat pulang ke tanah air pada Ahad selepas menamatkan lawatan negara selama enam hari di Rusia.

Ringkasan AI
  • Lawatan Negara Bersejarah ke Rusia: Sultan Ibrahim menamatkan lawatan enam hari ke Rusia, lawatan negara pertama oleh Ketua Negara Malaysia ke sana sejak hubungan diplomatik terjalin pada 1967.
  • Pertemuan Rasmi & Lawatan Teknologi: Baginda menerima sambutan negara di Kremlin dan mengadakan pertemuan rasmi dengan Presiden Vladimir Putin, serta melawat pusat teknologi automotif NAMI dan pusat inovasi Tochka Kipeniya.
  • Perkukuh Hubungan Malaysia-Rusia: Lawatan ke Kazan, Tatarstan, termasuk pertemuan dengan Presiden Rustam Minnikhanov, menzahirkan peranan institusi diraja dalam memperkukuh kerjasama ekonomi, budaya dan teknologi antara kedua-dua negara.

Pesawat khas yang membawa Seri Paduka berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kazan pada pukul 11.08 pagi, diiringi oleh Presiden Republik Tatarstan, Rustam Minnikhanov.
Lawatan negara bermula pada 5 Ogos lalu atas jemputan Presiden Rusia, Vladimir Putin.
Sebelum itu, pada 6 Ogos, Seri Paduka menerima sambutan negara di Kremlin, Moscow, yang disempurnakan oleh Putin sebelum kedua-dua pemimpin mengadakan pertemuan rasmi.
Di Moscow, Sultan Ibrahim turut melawat Pusat Pembangunan Teknologi Automotif Rusia (NAMI) untuk melihat kemajuan industri automotif negara itu, serta mengunjungi Tochka Kipeniya, pusat teknologi dan inovasi yang turut mempamerkan teknologi dron Rusia.
Selesai program di Moscow, Seri Paduka berangkat ke Kazan, ibu negeri Tatarstan, bagi meneruskan segmen kedua lawatan negara dan berkenan menerima menghadap Minnikhanov di Istana Presiden Kremlin Kazan.
Kunjungan ini merupakan lawatan negara pertama oleh Ketua Negara Malaysia ke Rusia, yang menjadi penanda kemuncak hubungan diplomatik antara kedua-dua negara sejak terjalin pada 1967, sekali gus menzahirkan peranan penting institusi diraja Malaysia dalam hubungan antarabangsa.
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Sultan Ibrahim
#lawatan negara ke Rusia
#hubungan antarabangsa
#institusi diraja Malaysia
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan