KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan memberikan sumbangan peribadi kepada waris dua anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang maut akibat kemalangan jalan raya di Kota Kinabalu, Sabah, Rabu lepas.
Sumbangan berkenaan diserahkan Juruiring Tentera Laut kepada Yang di-Pertuan Agong, Laksamana Pertama Datuk Sharum Shaim kepada waris mangsa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, semalam.
"Seri Paduka Baginda menzahirkan ucapan takziah kepada kedua keluarga Allahyarham dan harapan agar tabah serta sabar menghadapi dugaan dan suasana pilu ini.
"Seri Paduka Baginda turut mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan mereka yg beriman," menurut catatan di Facebook Istana Negara, hari ini.
Pada 13 April lalu, Ahmad Faiz Mohd Hanif, 39, dan Norasnizam Mohd Alui, 36, maut apabila motosikal ditunggang mereka terlibat dalam kemalangan di Jalan Sabah Port, Sepanggar, Kota Kinabalu.
Kedua-dua mangsa yang berpangkat Bintara Kanan bahagian kejuruteraan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.
Allahyarham Ahmad Faiz yang berasal dari Negeri Sembilan bertugas di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu, manakala Norasnizam dari Perlis bertugas di Kapal Diraja (KD) Selangor, Kota Kinabalu. - BERNAMA
Bernama
Sat Apr 16 2022

Juruiring Tentera Laut kepada Yang di-Pertuan Agong Laksamana Pertama Datuk Sharum Shaim kepada waris mangsa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, semalam. - Gambar Facebook ISTANA NEGARA

Politik Britain | Seorang lagi menteri Kabinet UK letak jawatan
Sehari selepas peletakan jawatan Menteri Kewangan, Rishi Sunak dan Menteri Kesihatan Britain, Sajid Javid. Seorang lagi menteri Kabinet Kanan, Menteri Kanak-Kanak dan Keluarga United Kingdom (UK), William Quince meletak jawatan.

Banjir | Paras air meningkat di beberapa kawasan
Peralihan angin monsun membawa banjir di beberapa kawasan di seluruh dunia. Sekali gus menjejaskan kehidupan penduduk di kawasan terlibat. Antara terkesan, Jepun, Australia dan Serbia. Kita ikuti rangkuman ini.

COVID-19 | Beijing wajibkan suntikan vaksin sebelum masuk tempat sesak
Bermula Isnin depan, China mewajibkan individu yang layak menerima vaksinasi COVID-19 untuk mendapatkan suntikan sebelum memasuki tempat sesak di Beijing. Republik itu adalah yang pertama memperkenalkan mandat itu berikutan berdepan dengan kes sporadik baharu.

Gagal Rayuan | Kalwant Singh jalani hukuman mati Khamis
Mahkamah Rayuan Singapura hari ini menolak rayuan terakhir warga Malaysia, Kalwant Singh, sekali gus menyebabkan beliau akan menjalani hukuman gantung sampai mati seperti dijadualkan pada Khamis. Perkara itu disahkan peguamnya, Too Xing Ji. Kalwant, 32 tahun dijatuhkan hukuman mati pada 1 Jun 2016 atas kesalahan mengedar dadah.

Mahkamah | Pengeluaran RM1 juta arahan Syed Saddiq tak ikut prosedur
Seorang saksi dalam perbicaraan kes Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang berdepan pertuduhan pecah amanah dan pengubahan wang haram memberitahu Mahkamah Tinggi pada Rabu bahawa pengeluaran wang RM1 juta adalah atas arahan Ahli Parlimen Muar dan tidak mengikut prosedur. Bekas Penolong Bendahari Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Rafiq Hakim Razali, 32, berkata, pengeluaran wang daripada akaun Armada itu adalah salah kerana tiada kertas kerja dikemukakan untuk membolehkan wang itu dikeluarkan daripada bank pada 6 Mac 2020.

Kes SRC | Permohonan Peguam Diraja UK wakili Najib diputuskan 21 Julai
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan memutuskan pada 21 Julai sama ada Peguam Diraja (QC) dibenarkan mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak dalam rayuan akhirnya berhubung kes penyelewengan dana RM42 juta membabitkan SRC International Sdn Bhd. Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid menetapkan tarikh tersebut selepas mendengar hujah pendakwaan dan pembelaan berhubung permohonan bekas perdana menteri itu untuk membolehkan Jonathan Laidlaw dari United Kingdom mewakili beliau.

PM lawat syarikat utama pertahanan, aeroangkasa Turkiye di Ankara
Perdana Menteri yang dalam lawatan rasmi empat hari ke Turkiye melawat MKE Corporation dan Turkish Aerospace Industries (TAI).

JPJ lancar Op Khas Hari Raya Aidiladha
Ia bagi memastikan kelancaran dan keselamatan pengguna jalan raya yang pulang ke kampung sempena cuti perayaan itu.

Banjir Baling | Buat kandungan media sosial, polis boleh kenakan tindakan
Polis memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu atau pihak yang berlegar-legar di kawasan banjir di Baling semata-mata untuk membuat kandungan media sosial. Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, tindakan boleh dikenakan kerana tindakan mereka menghalang tugas penjawat awam.

Gangguan Bekalan Air | Penduduk Pulau Pinang buat pembelian panik air mineral
Penduduk Pulau Pinang menyerbu kedai dan pasar raya bagi mendapatkan stok air mineral selepas mengalami gangguan bekalan air pada Rabu. Bekalan air di seluruh negeri itu terputus selama empat jam menyebabkan penduduk panik dan bertindak membeli air minuman dalam kuantiti yang banyak.

Agong, Permaisuri zahir takziah kepada keluarga bekas Timbalan Presiden MIC, S. Subramaniam
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bekas T

Agong berkenan berangkat melawat Mindef
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan untuk berangkat ke Kementerian Pertahanan (Mindef).

Hentikan kaedah 'putar alam', Anwar perlu terima hakikat belum pernah ada cukup sokongan - Annuar
Menurut beliau, Anwar tidak dapat menjadi perdana menteri disebabkan kegagalan beliau menyakinkan Yang di-Pertuan Agong.

Pelantikan Tajuddin sebagai duta: "Jangan persoal kuasa Agong" - Ismail Sabri
Perdana Menteri minta keputusan pelantikan Tajuddin Abdul Rahman sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia dihormati.

Agong zahir ucapan tahniah kepada Presiden Filipina, Marcos Jr
Seri Paduka menzahirkan harapan agar Malaysia dan Filipina dapat terus bekerja rapat bagi membawa kemajuan dan kemakmuran.

Agong berangkat hadir hari kedua Mesyuarat Raja-Raja kali ke-259
Mesyuarat itu yang bermula semalam dipengerusikan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke Majlis Santapan Malam sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Majlis Santapan Malam sempena Memuliakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-259 di Istana Negara.

Agong berkenan kurnia biasiswa kepada 12 penuntut IPT
Yang di-Pertuan Agong berkenan mengurniakan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) kepada 12 penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Raja Perlis pengerusikan Mesyuarat Raja-Raja ke-259
Mesyuarat dua hari bermula hari ini turut dihadiri semua Raja-Raja Melayu kecuali Kelantan, Pahang dan Johor.

Agong berkenan terima kunjungan Azmin di hospital
Al-Sultan Abdullah kelihatan ceria, cergas dan sihat selepas menjalani prosedur di kaki pada Isnin.