awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Usaha tangani perubahan iklim terjejas, AS tarik diri dari Dana Iklim Hijau 'radikal'
Tiada rombakan besar pemain untuk bertemu PDRM FC - Tengku Hazman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong berkenan kurnia masjid baharu di Batu Muda

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
09/01/2026
04:15 MYT
Agong berkenan kurnia masjid baharu di Batu Muda
Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Fadlun di Istana Bukit Tunku. - Gambar/ Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan sebuah masjid baharu untuk kegunaan penduduk di kawasan Batu Muda, di ibu negara.

Ringkasan AI
  • Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mengurniakan sebuah masjid baharu di Batu Muda, Kuala Lumpur.
  • Tapak masjid seluas dua ekar terletak berdekatan Program Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda.
  • Sultan Ibrahim menanggung keseluruhan kos pembinaan masjid tersebut, dengan reka bentuk terinspirasi dari Masjid Kampung Mahmoodiah di Johor Bahru.

Seri Paduka Baginda bertitah demikian ketika menerima menghadap Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Fadlun Mak Ujud, di Istana Bukit Tunku, pada Jumaat.
Menurut titah Seri Paduka Baginda, tapak masjid seluas kira-kira dua ekar telah diperkenankan dan terletak di sekitar kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda.
“Saya telah lama menyimpan hasrat untuk mengurniakan sebuah masjid kepada penduduk sekitar Kuala Lumpur.
"Alhamdulillah, selepas perbincangan bersama Datuk Bandar, pada hari Jumaat yang mulia ini, hasrat tersebut dapat direalisasikan,” titah Seri Paduka Baginda dalam kenyataan di Facebook, pada Jumaat.
Reka bentuk masjid tersebut akan berasaskan seni bina Masjid Kampung Mahmoodiah di Johor Bahru. - Gambar/ Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Reka bentuk masjid tersebut akan berasaskan seni bina Masjid Kampung Mahmoodiah di Johor Bahru. - Gambar/ Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Turut hadir dalam sesi menghadap itu ialah Pengarah Jabatan Perancangan Bandar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Rosli Nordin.
Sultan Ibrahim turut bertitah bahawa keseluruhan kos pembinaan masjid berkenaan akan ditanggung sepenuhnya oleh baginda sendiri.
Baginda menambah, reka bentuk masjid tersebut akan berasaskan seni bina Masjid Kampung Mahmoodiah di Johor Bahru, yang mencerminkan identiti warisan Islam dan seni bina tradisional Melayu.
“Semoga masjid ini memberi manfaat kepada semua, di dunia dan di akhirat, insya-Allah,” titah Baginda.
Pembinaan masjid baharu itu dijangka memberi kemudahan ibadah yang lebih selesa kepada penduduk setempat, khususnya komuniti di kawasan PPR Batu Muda.
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Sultan Ibrahim
#masjid baharu
#Batu Muda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan